Thursday, January 14, 2010

Cerita cerita

Sudah seminggu lebih berada di segamat. Dan kesimpulannya, bosan bosan dan bosan. Maaf pada orang segamat. Saya cuba untuk menjadi jujur di sini. Hehe. Pada hari Selasa atau Rabu yang lepas kalau tak silap, aku keluar dengan member pergi ke pekan. Konon nak hilangkan boring lah.

Disini tiada panggung wayang ye kawan kawan. Tempat yang paling hot kat sini untuk lepak pon karoke dan bowling. So kami decide untuk main bowling memandangkan tak pernah jejak lagi ke bowling segamat. Dan bowling di sini sangat OLD SKOOL ye! atau mungkin mereka jimat elektrik. Ohye, aku gelarkan 'bowling koboi'. Yeeehaw! Kerana ia hanya menggunakan kipas. Saya ulang disini ye, k.i.p.a.s. Kami bermain dengan penuh panas dan peluh. OK, cukuplah cerita pasal cerita sedih ni. Pathetic sungguh.

Ohye, ada juga berita gembira yang terselit di sini. Hikhik, ketawa gedik. Esok saya pulang ke rumah. Yeah! Sangat excited budak ini. Mengalahkan part 1. Hihihi. Tak tahulah kenapa tapi this semester perasaan homesick tu kuat, membuak buak kat dalam diri. Tengok sampai guna ayat dramatik lagi ni. Ibu, ayah, adik beradik, kita jumpa esok ok. Ampang here i come!

Oh by the way, ada lagi berita happy. Semalam pergi latihan netball. Kan saya pernah cakap yang semester ni saya nak masuk netball. So nah, ambik kau, latihan akan diadakan setiap hari rabu petang dan malam. Aiyooh, ada sedikit kepenatan di situ. Tapi takpe, benda yang kita sukakan. So perlukan usaha yang tinggi. You go girl! Hopefully, dapatlah terpilih untuk netball ni. Pada yang baca pet(blog) saya ni, doa doakan saya berjaya ye. hehe. Time aceh!

To all ladies di Uitm segamat, setiap malam kita akan ada ladies night. Uyeahh! Tapi jangan risau yang ni halal punya without any 'disko ball'. haha. Malam untuk kita kita aje. Untuk kita sukasuki and at the same time boleh mencergaskan dan menguruskan badan. So every wednesday night come and enjoy our night together okey bebeh!

Tuesday, December 29, 2009

New year, masa kembali ke kandang.

Tik tok Tik tok. Waktu berbunyi, jarum jam bergerak tanpa henti. Kecuali jam dinding rumah aku yang berhenti kerana kehabisan bateri. Hari hari pukul 4.30. Haha. Yang pasti 2009 akan melabuhkan tirainya. Diam tak diam 2010 akan menjelma. Bye bye 2009 and Welcome 2010!!

Cerita pasal 2009, kesedihan lebih banyak berbanding kegembiraan dalam hidup aku pada tahun ni. Dan banyak juga yang aku pelajari dari kesilapan/ kesalahan. Ada yang sudah diperbaiki dan ada juga yang masih dalam proses pemulihan. Haha. But im not a drug person, absolutely not.

Dan yang pasti sambutan new year pada kali ini sedikit sedih kerana tanpa si Dia. Sebab selama 6 tahun bercintan new year pasti akan disambut bersama kerana pada tarikh 31 itu juga adalah tarikh hari jadinya. Two in one. But now one only. huhu. Tapi tak apalah. Semua yang terjadi pasti ada hikmah disebaliknya. Rite? Dan yang pasti Ibu, ayah, kakak dan abang ada bersama. Mereka lebih utama.

Ohye, cakap pasal new year maka di sini saya juga ingin mengumumkan bahawa cuti semester akan berakhir. Tidaaaak! DAMN! Im still in mood holidays. Tapi tengah dalam mood holidays, barang mandi dan food sempat jugak beli. Hehe. Now, the only thing i have to do is pack my bag. Ini adalah diantara perkara yang paling malas nak buat.

Actually bukan sebab malas nak kemas tapi berat hati dan bontot nak kena tinggalkan rumah. huhu. Nak kena tinggalkan TV. Nak kena tinggalkan katil yang empuk. Dan yang paling sedih sekali nak kena tinggalkan masakan ibu. Arggghh. So so sad. (terdiam sekejap mengenangkan beberapa bulan akan kena makan nasi bungkus) Hrmm...

Apa apa pon 2hari bulan dah kena balik Sekolah. Dah kena masuk kandang. Sekolah? Yeah, bak kata cousin aku,'dah nak kena pergi sekolah'. Haha.

So choco! For this semester u must study hard and smart ok! Make sure you aktif kat sekolah untuk semester ni. I nak u masuk netball or apa apa aktiviti ok. Jangan nak membusuk dalam bilik je nanti. Dan yang pasti I nak you mentain your pointer. Kasi naik naik dan naik lagi ok. (Talking with myself) Hihi..

Thursday, December 17, 2009

Tangan telefon ku

Sekarang aku dah ada handphone berkamera. Abang ejam punya. Yahoo! Hahaha. Amat jakun ini budak. Wei, orang lain dah lama pakai handphone berkamera okeyh. Hehehe. Dont be so excited. -terdiam terus-

Dulu aku ada handphone, pinky namanya. Sebab dia warna pink metallic (tak tahu eja, betul ke). Pinky masih belum dihantar hospital. Esok mungkin baru pergi buat check up untuk dia. Abang faiz dah janji nak bawakkan. Kesian dah lama sangat terperuk tak hidup hidup. Tu lah sape suruh you rosak, ngade ngade tau. Haha. Takpe takpe. Lepas you dah sembuh nanti kita bergumbira macam dulu ok my pinky?! Kita snap picture banyak banyak, dengar lagu, main game and bla bla bla... Pinky jawab- ok (Aku je dengar, aku gila) Hahaha.

Aku mengaku. Memang buhsan hidup tanpa handphone yang tiada kamera. Kerana aku dah terbiasa. Kerana aku gila bergambar. Hehe. Get well soon ye pinky! Mmuah mmuah...

Ohye, sebelum shut down computer ni. Choco nak ucapkan selamat menyambut awal muharram! Semoga di tahun baru ini, kita mendapat apa yang dihajati. Amin.

Hajat choco? Hrmm still tak list down lagi laa. Hehe. Tapi yang pasti semoga di tahun baru ini hidup choco lebih bermakna dan result exam untuk sem depan akan naik naik dan naik lagi. ;D

-HAPPY NEW YEAR-

Monday, December 14, 2009

Aku cemburu mereka

Pandang kanan, aku rimas.
Pandang kiri, aku rimas.
Pandang depan, aku rimas lagi.
Pandang belakang, masih rimas.

Rimas tengok mereka mereka itu.
Berdua sini sana.
Pasangan sini sana.

Cemburu. Aku bila lagi?
Rindu keadaan itu.
Hrmmmm.

Hari ini punya cerita

(message)

Me- " esok ZOMBIELAND at Klcc? "
Ewan- " Kalau rabu ok? "
Me- " Hrmmm okey. See u on Wednedsay "
Ewan- " Okey apa apa nanti text "


(Choco kata)

esok nak pergi saloon la.
Cuci and blow.
Mahu rambut curly tu. hehe.

Saturday, December 12, 2009

Hari ini dan semalam

Semalam berdebar debar duduk depan PC menanti result kuar.
Try buka before pukul 10, tapi mak ai! Busy betul.
Kena refresh refresh dan refresh banyak kali.
I mean, serious shit banyak kali kena refresh ok.
Disebabkan result punya pasal aku sabar sabar dan sabar cuba sampai dapat.

Dan finally! Setelah mencuba nasib yang begitu banyak aku berjaya.
Walaupun tak DL seperti yang diharapkan tapi
Aku rasa bersyukur sebab apa yang aku mintak selama ni
Tuhan makbulkan! Alhamdulillah.

Aku berdoa, sekiranya pointer aku naik sem ni
Aku akan puasa nazar selama 3hari.
Nah! dia dah bagi.

Bagi aku, pointer yang naik tu bukan sikit.
Tapi banyak berbanding dulu.
So, im proud with myself. yippy:)

Dan disebabkan itu juga,
Aku keluar celebrate diri sendiri di klcc hari ini. hihi.

Pergi tengok movie cerita ninja assassin.
Cerita tu memang dahsyat and mengilukan.
Darah sini sana tumpah macam air sirap!
1 to 10, i give 8. Best. Sila tengok ok.

Tapi yang funny nya, aku keluar dengan Ewan.
Member time sekolah tadika, rendah and menengah. huhu.
Tak semena mena boleh keluar dengan dia.
Ini adalah 1st time keluar dengan dia. Semua gara gara Facebook.
Entah macam mana, soseh soseh kat FB then kitorang keluar sama.

Ohye, disebabkan hajat aku termakbul and pointer naik.
Aku beli hadiah untuk diri sendiri.
Nak mintak orang malu plak. hehehe.

Dan hadiah tersebut ialah Jeng jeng jeng!!
Sweater Giordano warna biru. Nah, untuk kamu choco.
Alalala, thank you thank you! (gila cakap kat diri sendiri)
Ewan yang pilihkan. Dia kata amik birulah sebab hitam dah common.

Dah lama mengidam nak sweater tu.
Dah belambak orang yang pakai.
Aku baru nak rasa. -sigh-
Then now, aku baru dapat beli.
Duit sendiri, sangat puas hati.
Alhamdulillah lagi.

Ahhhh, rasa sangat bersyukur dan tenang dua hari ni.
Dah lama tak rasa macam ni.

-end-

Sunday, December 6, 2009

Jom kepoh kepoh!

jom jom jom jom, jom heboh heboh!!
atau
jom jom jom jom, jom kepoh kepoh!!

Hahahaha! Which one yang lagi best? Aku selalu nyayi yang kepoh kepoh tu. hehehe. Hari ini (Ahad), aku hang out lagi. Membebaskan diri. Wiiiii :)

Kali ni aku keluar dengan Kak Muna which is my neighbour, pergi ke Jom Heboh! jom jom jom jom, jom kepoh kepoh! One more time bebeh, i cant stop singing bila dengar that word (Jom Heboh). hihihi. This is my first time pergi ke Jom Heboh and the result is Jom heboh is fun walaupun dalam keadaan yang panas dan crowded dengan orang ramai.

Sampai je stesen Bukit Jalil, semua dah kabut nak keluar dari LRT. Then bila aku toleh kebelakang, totally kosong train tu. Semua berpusu pusu. Hrmm dalam pada masa yang sama macam macam ragam, macam macam kerenah, macam macam fashion aku tengok. Cuma macam macam Aznil je tak ada. hahaha.

Sampai je kat sana, mata dah mula melilau. First time kan. Banyak sangat booth booth dan kedai kedai yang ada kat situ. Bersepah sepah. Mata aku dah mula rambang, gatal nak beli itu dan ini.

Masa tengah keliling Jom Heboh, Melodi tengah stanby untuk shoot pukul 1230. Tapi malangnya, tak boleh nak menyelit sampai ke pagar. Terlalu ramai orang yang dah get ready kat situ. Tak boleh nak masuk camera and say, 'Ibu, im in jom heboh now, luv you!' hahahaha. Jakun lah you, choco. Antara artis artis yang dijumpai ialah seperti wahid, fara fauzana, maria tengku sabri, yang berlakon dalam cerita Bong (dont know his name la), ezani, tam, erryputra dan ashraf muslim.

Tapi malangnya tak dapat nak ambik gambar gambar semasa di jom heboh sebagai kenangan dan gambar sebagai untuk aku bubuh kat blog ni. Haish. Ni semua gara gara handphone yang rosak. Tak hantar workshop lagi. Terlepas nak bergambar dengan kereta ferarri merah yang cun kat situ. Owh no! huhuhu.

Next time, aku nak pergi lagi. Tapi kali ni, aku perlu sediakan payung sebab panas, pakai long sleeve or 3quarter, topi dan kamera. Dan yang penting duit yang tebal untuk aku joli kat situ. hikhikhikhik.

JOm jom jom jom, say what? Jom kepoh kepoh!! Okey, guwd! hahaha. See you next time kepoh kepoh...