Wednesday, April 22, 2009

My fEeling aT tHis mOmeNt!

I wont let this burden bring me down.

So here we are again
starin at the end
of what we made and who we are.
Never knowin' when
one of us will break apart
and walk the other way, love.
I dont know what to say, love.
I dont know how to stay
when you wont let me be
the person that I am.

The writings on the wall.
Theres nothin' to say anymore.
So ill leave before I fall apart
right back into your arms.
The writings on the wall.
You gave nothin' and i gave it all.
But I want something better.
I wont let this burdon bring me down.

What are we to do?
What are we to say to one another
now were through?
Thanks for bein' you.
Thanks for bein all things
I had to say goodbye to.
Im over bein' lied to.
Im over bein pushed into the person
that you want me to become.

Oh where did it go wrong?
We had it for so long.
But now theres no point in turning back
lets face the fact!

I wont let this burden bring me
I wont let this burden bring me down!

-Thanks to LENKA-

Tuesday, April 21, 2009

Hari-hari benci ku..

Percintaan adalah sesuatu yang indah dan menggembirakan bagi hidup seseorang individu.

Tetapi!
Bukanlah sesuatu yg indah untuk dilalui hari demi hari dalam hidup seorang
remaja ini.

Sudah beberapa tahun remaja ini hidup bertopengkan seorang individu yang lain.

Yang terpaksa mengikut telunjuk dan mendengar kata!

Wajah yang bertopeng ini hanya nampak tenang pada luaran.

Tetapi di dalamnya, hanya Tuhan saja yang tahu penderitaan dan kesunyiaan yang di alami dan ditanggungnya selama bertahun ini.

Dia terpaksa melalui hari demi hari hanya kerana untuk masa depan dirinya dan keluarganya.

Disebabkan terlalu berjaga-jaga dan sayangkan keluarga, dia perlu akur, diam membisu dan hanya mampu melawan untuk seketika.

Karektornya bukanlah seperti seorang remaja yang sememangnya pada masa kini asyik dengan gelak tawa, bergembira, berkawan, bermain dan yang pasti- mereka BEBAS dalam setiap perkara yang dilakukannya tanpa ada sesiapa yang menghalang dan yang mengongkong!!

Kebebasan itulah yang sering diimpikan oleh remaja ini.

Namun, disebabkan oleh siDia yang sering mengawal gerak-gerinya dalam setiap perkara yang ingin dilakukan remaja tersebut, sifatnya telah terkurung seperti di dalam penjara ataupun perangai yang sebenarnya yang riang, suka ketawa dan tersenyum terperangkap di dalam sebuah bilik yang sering diperhatikan oleh seseorang yang
terlalu menjaganya.

Sesebuah percintaan seharusnya membahagiakan!

Dan pertelingkahan itu juga adalah sesuatu yang normal bagi setiap pasangan untuk menempuhinya.

Malang sekali, remaja ini tidak dapat seperti apa yang diimpikannya.

Pada permulaanya, segala-galanya berjalan dengan lancar- siDia amat-amat menyayangi dan memahami remaja itu.

Namun, setelah tahun demi tahun berlalu siDia mula berubah dan hati remaja ini sering terluka seperti ditoreh oleh pisau yang bergigikan tumpul.

Sikapnya yang panas baran, dendam, menengking, cemburu seringkali menjadi bahan makanan harian remaja tersebut apabila bergaduh.

Kata-katanya yang kesat memberi tamparan yang hebat pada remaja tersebut.

Jika difikirkan, kasih sayang itu sememangnya tidak sinonim pada perkataan kesat dan perbuatan yang keji untuk dilakukan pada seseorang yang tersayang.

Jika benar-benar sayang! siDia seharusnya tidak melakukan seperti itu kepada si remaja.

Sikap yang
memahami dan toleransi cukup untuk membahagiakan sebuah percintaan itu!

Hari demi hari silih berganti! Namun jasad dan roh remaja ini harus tabah dan kuatkan semangat untuk menempuh hari-harinya yang berikut walaupun seringkali diherdik, dimaki, dimarah dan macam-macam lagi perbuatan siDia yang kadang kala membuatkan hati remaja ini meronta-ronta meminta tolong tetapi malangnya tidak tahu pada siapa dan bagaimana?!..

Kadang kala dirinya seperti mahu membunuh diri dan tension disebabkan tekanan hidup dimuka bumi ini.


Remaja itu sedar dirinya tidak sempurna dan ada kekurangan disebaliknya namun itu adalah lumrah yang telah diciptakan oleh yang Maha kuasa!

Tetapi setelah bertahun bersama, siDia masih tidak dapat untuk memahami isi hati budi pekerti dan masih lagi tidak dapat menerima dirinya yang sebenarnya!
Ada saja perkara atau perbuatan yang dilakukan nampak salah dan jelek di mata siDia.

Seolah-olah semuanya salah remaja itu dan hanya dialah yang PERFECT.

Walau bagaimanapun remaja ini terpaksa menempuh hidupnya yang sebegini.
Dan sesungguhnya akan sentiasa berdoa pada yang MahaEsa agar diberikan kehidupan yang baik dimuka bumi ini dan sentiasa dijauhkan dari perkara-perkara yang tidak baik.

Kepada siDia, daku(remaja) doakan agar PINTU HATI dan TAUBATmu dibuka seluas-luas olehNya dan sesungguhnya yang Maha Esa memberi petunjuk dan hidayah kepadamu agar dirimu dapat melihat kejalan yang benar.
Untuk siDia, ku(remaja) doakan juga agar dijauhkan sifat marah, dendam, dan panas baran mu itu jauh dari diri dan kehidupan mu!

Amin...

Monday, April 20, 2009

Lahirnya sebuah Blog...

Hari: Isnin

Tarikh: 20 April 2009

Masa: 2.47 pagi

Keadaan diriku: Berbaju tshirt, berseluar kotak2, muka mengantuk, mata tiga suku, rambut diikat- memulakan langkah dimana hari ini blog ak dilahirkan.

First and foremost, untuk permulaan aku nk story bout myself dulu.. Nama diberi Chocho, yg pasti bukan nama sebenar.. Aku dpt hirup udara yg xberapa nk segar kt dunia ni pada bulan Januari. Anak bongsu dari beberapa adik beradik lah. Orang kate anak bongsu ni manje, ermm tapi bagi ak memang pon. HAHA! Tapi aku ni bukan la yg jenis terlalu mengade sangat okey.. Syukur, my mummy and daddy masih lagi bernafas dan aku harap mereka masih lagi mampu bertahan melihat kejayaan aku dan juga yg pasti ak sempat nk jage mereka. Sesungguhnya TUHANKU, Engkau panjangkanlah umur mereka dan diberikan kesihatan yg baik.

Hrmm,ni beberapa pandangan yg orang selalu cakap pasal diri aku:

  • muke nampak garang (before kenal), tapi kalau dh kenal ~GILE.. haha
  • happy go lucky =)
  • peramah
  • banyak cakap ~erm samela dgn peranah..haish!
  • jarang marah, tp ble marah suke senyaaaap je
  • suke make friends
  • buleh nyanyi- hihi
  • suke sgt minta maaf
  • selalu on time dalam ape yg aku buat
  • make jokes!
  • yg penting byk gelak
  • muke joker- siot la weii =(
  • suke fashion
  • pendek (bagi aku sedang2 je)
  • ....

Itulah diantaranya pendapat org ramai kt diri ak ni. Erm bagi ak pape pon diorang nk cakap pasal ak, i dont mind selagi die xkacau hidop ak sudah. Yang penting ak bahagia dengan hidup ak,dgn family, dgn kawan2 n pada sape-sape yg syg kt diri ak ni.

Ohye, ade lagiii..

Aku still lagi blaja kt sebuah institusi di Malaysia dalam bidang yg pd mulanya ak pon xminat. Tapi disebabkan dah dapat dan parents aku pun beriya suro pegi so i hav to follow je laa. But,after dah lama belajar kat sini, aku dah mula rasa seronok dengan adanya rakan-rakan aku yg sentiasa support ak. Thanks fwens=)

Color: Hrmm bab-bab kaler ni yg semestinya warna yg paling ak gemari ialah warna HITAM, PUTIH. Kalau tanye ak wane pe lagi yg ak suke- purple, oren, kuning, turquoise, coklat and pink.

Food: Makan.. Makan.. Makan.. inilah antara part feveret ak!! hihi.. Kalau nak tau ak ni memang kaki makan. Bagi je la ape sure ak akan makan walaupun ak baru je lepas makan 10 minit lepas. Makanan yg paling ak suke sekali for SURE my mom's cook (da best in the world!) dan fast food. Aku ni xbape nak memilih makan orangnye, tapi tolong jgn bagi ak makan fishball or ape2 sayur yg agak pelik memang ak tolak tepi nyew! Minom air pon xpela. McD, Burger King, Yellowcab, PizzaHut, Kfc antara rumah no.2 ak untuk makan. hehe..

MUsic: pasal lagu ak universal. Lagu ape pon boleh BUT bukan lagu heavy metal,punk rock or watever la yang membingitkan telinga ak ni. Sofar celeb yg ak suke-
corrine bailey,
lilly allen,
natasha bendingfield,
britney spears,
yuna,
beyonce,
jennifer lopez,
robbie williams,
lenka,
nnnnn...
byk lagi laa.. letih nk taip.. haha! Tapi sekarang tak tau kenapa lately ni ak suke dgr lagu slow and ala-ala jazz skit.

Hrmm.. mata pon dh tak boleh nak tahan. need to go to sleep now. Aku ni baru je nak berjinak-jinak dalam dunia blog ni. So, harap sesape yg bace blog ni dpt memahaminya and dapat la support and give your comment/opinion.

CHOW cHin Chow!