Wednesday, October 28, 2009

Shopping make me smile

Hari ini aku mencuci mata yang semakin rabun ni dengan
pakaian pakaian, kasut kasut, beg beg, accecories dan yang sewaktu dengannya.

Akhirnya!! yeay!

Aku teruja kerana
segamat tidak seperti di sini.
(maaf orang segamat)
Bukan untuk aku
yang kuat beli itu dan ini.
Kuat bershopping!

Walaupun bajet sempit.
Aku tetap sempat beli beg dan baju.

Kaki dah penat,
Badan dah letih,
Tidurkan diri dulu.
Selamat Malam.

ZzzZzzzZzz...



p/s: Purse and sandal, wait for me yeah baby. I will buy both of you after my Final exam.

Thursday, October 22, 2009

WOMEN vs MEN

Topik pada hari ini ialah tentan women and men atau pun perempuan dan lelaki. Tengah baring baring sebelum melelapkan mata petang semalam, tiba tiba aku terfikir yang perempuan ni sebenarnya lebih kuat dari lelaki! Pada lelaki- ya, di sini saya mengatakan perempuan lebih kuat dari lelaki! Maaf ya.

Masa tengah dok tergolek golek, aku terfikir beberapa sebab that women are more stronger THAN men. Antaranya ialah bila aku dapat teka teki dari rakan rakan ku. Yang berbunyi macam ni,, (tapi maaf ya, agak luch sikit teka teki ini)


'KENAPA PEREMPUAN LEBIH KUAT DARI LELAKI?'
1. Darah banyak keluar but still tak mati mati- darah apa? fikirkan sendiri ya
2. Selalu kena cucuk but still sama jugak tak mati mati.
3. Bawak gunung ke hulur ke hilir tanpa rasa jemu dan penat.


Pada siapa yang mereka cipta teka teki ini saya ucapkan tahniah. Anda memang seorang yang imaginasi tinggi...


p/s: ada sesiapa (lelaki) yang boleh berdebat tentang teka teki ini? ada brann? silakan...hehehe

Monday, October 19, 2009

Minggu yang sibuk

Minggu ini minggu yang sibuk.
Masih sibuk, sibuk dan sibuk.

Satu kerja dah siap,
masih ADA lagi yang menanti.

Huish!!


p/s:
buat 'pakcik generator', terima kasih ye! Kesabaran anda duduk kat lori generator tu sehari suntuk. Kalau tak berpanas, bergelaplah kami dan tak dapatlah siapkan assignment.

Friday, October 16, 2009

Relax sakan!


Hari ini hari relax aku.
Tidak melakukan sebarang aktiviti yang berat.
Sekadar makan, minum, tidur, chating dan borak.

Padahal,
assignment dan test menanti minggu depan.

Tapi aku tetap relax.
Relax macam budak kecik ni jugak.

Thursday, October 15, 2009

Gelap gulita

Semalam blackout seluruh kampus segamat. Semua dok open room and mengipas sepanjang masa. Semua aktiviti dilakukan dapat didengari, sebab terlalu sunyi.

Ada yang kata:

pukul 10 malam,
pukul 12 malam
dan ada yang kata sampai
pukul 1 pagi
blackout akan berakhir.

Tup, Tup, Tup
Time tengah azan subuh baru ada elektrik balik.


Buat roomate ku,,
"nasib baik nyah, you ada bawak game UNO, kalau tak boring la sepanjang malam semalam"


p/s: kami se roomate sem ni memang suka panggil "nyah". Harap maklum. hehe

Monday, October 12, 2009

Sorry pakcik, saya cuma lapar

Tadi (pukul8), dengan gumbiranya menuju ke benteng nak amik food. Perjalanan memang agak laju disebabkan perut yang dah meronta ronta nak makan. Sesudah sampai ke gerai no3, aku pon terus menanya kat pakcik ni.


Aku: pakcik, saya nak amik order tadi
Pakcik: nama?
Aku: Sujan

Tengah pakcik tu sibuk cari cari nama aku, tetiba ada satu brother ni menyampuk.

Brother: Apa nama adik? (lagi sekali nak tanya)
Aku: Sujan. Saya dah order dari petang tadi bang.
Brother: Owh, dah ada orang amik la makanan awak tadi.
Aku: Hah!

Dengan tidak semena mena, aku tertinggikan suara kat pakcik tadi. "Macam mana pakcik, saya dah order dari petang tadi pastu dah ada orang amik plak". Dengan tak pikir panjang, aku terus pergi ke gerai no1. Pantau punya pantau, nasib baik ada nasi goreng. Boleh lah dari tak ada.

Tengah menunggu sementara makanan dan air siap, aku terpikir balik. Macam tak patut sebenarnya aku buat camtu tadi. Dia itu ialah seorang "pakcik". Cuba bayangkan kalau aku kat tempat pakcik tu. Mula timbul perasaan serba salah! Dalam hati,,,


PAKCIK, SAYA MINTA MAAF!
EMOSI SAYA TERGANGGU SEKEJAP GARA GARA LAPAR.
LAGIPON SAYA TENGAH PERIOD NI.
MAAF, MAAF YE.

Friday, October 9, 2009

Sebelum habis raya!




-Kenangan "jelajah raya 2009" kami sekawan-

Wednesday, October 7, 2009

Semester yang kabot

Semester
kali
ini
melemahkan
dan
mentensionkan
aku.

Terlalu
padat
dengan
itu
dan
ini.

Final pula dah nak dekat.
Otak makin padat.
Badan jadi penat.

-Selamat study choco-

Sunday, October 4, 2009

K-ep-si, sori tak dapat jumpa awak hari ini

Hari ini, hari last saya berpuasa nazar selama 7 hari berturut turut. Disebabkan hari terakhir, saya pon teringin nak makan k-ep-si. Dalam erti kata lain KFC. Jadi saya bercadang dengan budak masham ajak makan k-ep-si sama sama.

Semua dah setel. Saya dengan gembiranya and tak sabar nak geget badan si k-ep-si tu, pukul 6 saya dah menyiapkan diri nak keluar jam 6.30 nanti. Tapi satu message yang tiba tiba buat saya marah dan terasa bengang.

"wei, i think we got a problem"

Problem ape wei? Darah dah mula nak menyirap. Terus keluar bilik call budak masham tu. Nak dengar apa dia nak explain. Dia kata, tuan punya kete sewa tu ingat dia nak sewa kete main main. Wat a bloody fool betul tauke kete sewa tuh. Hello, geti sewa kete ke tak ni?

Disebabkan tiada kete, lepas bunyi azan saya buka puasa makan gula gula je! Just amagine, i only eat sweets for my break fast! :( Amat menyedihkan. Kempunan nak isi perut ni dengan ayam k-ep-si.

To masham, saya tak tahu sama ada nak marah awak atau si Tukang sewa kete tu. Tapi hati ni memang ada terasa sedikit bengang. Tak pelah, i take it as dugaan from HIM.

p/s: menggunakan ayat "saya" untuk menahan marah. Ok, tiba untuk buat assigment and belajar.

Lelaki tak geti bahasa

Hey fucking boy!
Pergi jauh jauh la!
Jangan kacau hidup aku lagi boleh tak!
Apa lagi yang kau tak puas hati!

Rimas.
Akan ku tampar muka kau
Kalau ada kat depan muka aku
sekarang ni.

Biar bulu mata kau yang lentik tu
gugur dan pastu BOTAK.



Saturday, October 3, 2009

Keselamatan berat sebelah

Mata dah kuyu, mengantuk. Tapi sebab gara gara pakguard aku bersengkang mata jugak nak post entry ni. Geram geram! Sebab apa aku geram? Sebab ni:

Hari ni aku dengan member member pergi beraya rumah member kitorang dekat Gemas. Bajet sebelum pukul 10 kitorang dah setel beraya tapi disebabkan beberapa faktor yang tak dapat dielakkan pukul 11 lebih kami baru bergerak pulang ke kampus.

Sepanjang perjalanan balik semua ok. Terima kasih kat DIA sebab tolong drive kan kereta kami yang semuanya perempuan ni.

Ok dah sampai cerita hangit aku ni! Sampai je kat pagar Uitm, macam biasalah kereta kena tahan dengan pakguard. Boleh tahan lagi, dah rutin diorang. Tapi yang menyebabkan kitorang menyirap kenapa kitorang kena tahan! Sedangkan kereta lain yang baru masuk semuanya tak kena pon! Unfair la wei! Macam bull****!

Ok fine kalau saman kitorang sebab balik lewat, abis kereta yang lain lain tu awat ko tak tahan! Kalau betul salah samanlah semua mana mana kereta yang lambat tuh! Asal, sebab kitorang ada laki ke? Ek eleh, come on la. Kitorang tak buat pape pon! Salah ke kalau kuar dengan laki pon! Bukannya berdua.

Chill la wahai pakguard "kesayangam" ku! Dah la ko tak adil then agak agak la. Considerla sikit! Asal ko nampak perempuan je, ko bagi lepas! Tapi bila ada budak laki ko tahan! Kami tahu encik encik sekalian boring dan terpaksa bekerja waktu malam malam camni. Dan sedangkan kami nyenyak dan lena tidur di bilik. Tapi janganlah disebabkan boring kitorang jadi mangsa saman awak! Yang lain tak kena pulak. Eeei bengang plak aku.

Tapi papepon aku ucap terima kasih kat pakguard sorang ni. (tak sempat plak tengok nama) Dia cool and tak saman kitorang lebih lebih. Yang si PINK Panter ni kecoh je mulut. Nak saman ni la saman tu lah. Ko pon tak betul, berat sebelah. Nampak perempuan je ko kasi jalan.

Gara gara raya ni pulak yang jadi. Sebab kamu lah wahai pakguard! Kalau ada disediakan surat recommendation, akan ku pastikan nama mu berada di Top3 untuk dipecat! Skema pon agak agak lah wei!

Ok, dah lega sikit lepaskan apa yang patut kat blog ni. Waktu untuk tidur, mimpi dah tempah aku ni. Nite bloggy...

Friday, October 2, 2009

Jejak kasih dengan Budak botaks

Sejak masuk Uitm ni aku ada kenal dengan seorang mamat ni. Atau dengan nama lain yang aku panggil "Budak botak". hehe. Actually, dia not botak at all laa but rambut dia ala ala mawi gitu. Huhu. Cop! By the way, Budak Botak ni bukan seorang but Twins. Yes! Mereka kembar. - So i should put "s" la kan at the end of the word, ok ada correction di sini- "Budak Botaks". haha

Sepanjang semester ni aku selalu je jumpa Budak Botaks ni. Selalu jumpa on the way to class la, kat atm bank islam, event Uitm dan mostly selalu terserempak kat pasar. Not pasar jual ikan eh but pasar petang. Asal jumpa je kitorang sure akan pandang sesama sendiri. Pastu bisik bisik dengan kawan or cakap cakap sendiri (akulah tu). Terkial kial otak pikir kat mana aku kenal muka Budak Botaks ni. Memang familiar dengan aku. Hasrat nak menegur memang ada tapi macam segan pulak. Tak segan sangatlah, tapi sebenarnya lupa nama diorang. hehe. Macam malu pulak kalau tak tahu kan.

Then, today berlaku satu episod jejak kasih. Di mana masa kat kelas Kokurikulum tadi one of them tegur panggil nama aku dengan yakinnya. Nasib baik betul! Then, bermulalah sesi jejak kasih antara kami. Actually dia pon tak berapa ingat nama aku. Just dia kenal muka aku je. Dia kata muka aku tak berubah sejak sekolah rendah dulu. (yeke?) Yang betul betul ingat nama aku kembar dia yang lagi sorang. The other one of Budak Botaks. Hahaha. Maaf ye sebab panggil awak Budak Botaks.

Now, kami dah kenal dan bercakap. Kalau tak sebelum ni masing masing bisu tak bercakap bila jumpa. Terpinga pinga- "macam ku kenal orang ini tapi dimana ya?"

Diri teruja dan seronok dapat jumpa member time sekolah rendah dulu. Sampai aku call ibu ceritakan tentang Budak Botaks ni. Hihi. Sebab dari sehari ke sehari nak tegur tapi tak tertegur pon. Nasib baik sorang Budak Botak ni mulakan dulu. Terima kace ye.

:)

Aku boleh tolong

Dia ada call and msg aku balik.
Dia kata, dia rindu dengan aku.
Dia kata, dia dah berubah sedikit sekarang.
Dia kata, dia dah sedar dengan kesilapan yang dia buat.
Dia kata, aku ialah satu satunya perempuan special buat dia.
Kalau dia nak cari yang lain pon, dia akan cari yang sama seperti aku.

Tapi kenapa sekarang kau nak berubah jadi macam ni!
Cara kau cakap, cara kau bertutur semuanya berubah.
Lain dari yang sebelum ni.
Dengan perpisahan ni baru kau nak sedar kesilapan kau ke?!
Susah sangat ke kau nak sedar sebelum ni?!
Sedangkan aku tak pernah paksa atau mengongkong hidup kau pon.
Padahal, semua tu tempias pada diri aku.
Diri aku yang kau buat macam tu!
Ada kau perasan?!

Tapi selama bertahun ni, aku tahan dengan kau.
Tapi sampai bila?!
Sampai aku jadi hamba kau ke?
yang kena ikut telunjuk kau je.
Sampai aku hidup macam katak di bawah tempurung ke?
yang tak boleh bercampur dengan orang lain.
Aku juga manusia, bukan binatang peliharaan kau!
yang semua kau nak tentukan.

Selepas kita dah putus,
hidup aku lebih tenang.
Tapi tak dapat dinafikan kau sentiasa bermain difikiran aku.
(kenapa kau sibuk main dalam kepala aku ni)
(pergilah kau jauh dari aku)

Sekarang kita dah berhubung semula.
Walaupun tidak seperti dulu.
Aku memang marah dan benci dengan kau!
Perangai kau terhadap aku!

Tapi aku bukan seorang yang kejam.
Maaf dan baik, dua perkara yang mudah berlaku pada aku.
Especially pada orang yang aku (pernah) sayang dan kenal.
Keluarga, rakan rakan, kau.
Senang kata aku cepat marah pada orang,
tapi mudah untuk memaafkan.

Aku akui, aku telah memaafkan kau.
Kita berhubung kembali ni pon kerana
Aku menganggap kau kawan baik ku.
(walaupun kau dah sakitkan hati aku)

Aku sudi untuk menjadi kawan (baik) kau.
Sebab apa?
Sebab aku tahu:
hidup kau tak tentu arah,
kau perlu dibimbing,
kau perlu sentiasa dinasihat,
kau dah banyak terpesong jauh.

Aku bukanlah baik mana yang boleh dibanggakan.
Tapi setelah Allah bukakan pintu hati aku.
Aku dah nampak jalan yang benar.
Oleh itu, aku perlu bantu kau.
Agar kau tak lalai dengan kehidupan.
Agar kau tak pergi jauh melencong.

Kerana apa?
Kerana kau orang yang pernah aku sayangi dulu.
Aku tak mahu lihat orang yang aku sayangi
Jadi teruk.
Sekurang kurangnya, aku mampu ingatkan kebaikan pada kau.

Dan sekarang, kau mahu kembali ke jalan yang lalai tu.
Kenapa?!
Dan kenapa baru sekarang kau nak mengaku dengan aku.
Mengaku dengan kesilapan buruk yang engkau pernah lakukan.

Kau tak perlu takut untuk mengaku!
Kau punya aku, ibu, family dan rakan rakan.
Dan yang pnting kau punya ALLAH.
yang boleh bantu dalam urusan kau.

Sekarang aku rasa terkejut dan sedih.
Sedih dengan keadaan kau yang begini.
Baru aku tahu perangai kau yang sebenar.

Mata dan hati menangis.
Lihat dan dengar apa yang kau beritahu.
Tak sangka selama ni aku kau permainkan.
Permainkan lebih dari apa yang aku pernah lakukan.

Cukuplah sayang,
Jangan bersikap begini,
Jelik aku lihat dan mendengarnya,
Kembalilah ke jalan yang baik,
Dari dulu aku sering mengajak kau,
Tapi kau sering juga berdolak dalih,

Aku ada kalau kau mahukan apa apa nasihat,
Tapi jangan kau salah paham dengan pelawaan ini.
Aku hanya sekadar bantu kerana sayang pada kau sebagai kawan.
Dan jangan kau memaksa aku untuk menyintai kau.
Cukup kita sekadar teman biasa.
Hati dah tertutup menerima kau.
Diri aku tak mahu lagi di maki, disakiti oleh kau.
Cukup aku masih boleh dan mampu menerima kau sebagai kawan.