Sunday, August 30, 2009

Pasal baju raya

Orang semua dok sibuk tempah baju sana sini.
Last minit pon ada yang terhegeh hegeh baru nak tempah.
Sampai naik pening dan botak kepala si tailor. (mana kau tau?)
Sama la dengan aku.

Tapi,,
Aku tidak memeningkan kepala si tailor untuk tahun ni. hehe.
Aku hanya tempah di kedai. (baju dah siap je)
Mak kata, beli yang dah siap je senang.
Kalau tempah harga lebih kurang jugak. (save bajet)

So, kak yan tahun ni kamu tak perlu pening pening.
Tak perlu pening dengan kerenah aku untuk menjahit baju raya ku. haha!
(aku sememangnya a bit cerewet bab bab pakaian ni)
Usually, tiap kali try baju yang dah siap aku mesti akan ada komen sikit.
Itu la ini la yang tak kena.
Dan pastu muka dia mesti a bit berubah sedikit. huhu.
Maaf ye kak yan. Tak salah an.
Customer is oweys right :)

kak yan- akak tailor yang family aku selalu hantar untuk tempahan baju raya

Baju raya juga sinonim dengan tema.
"baju raya nak warna apa tahun ni?"-
Ayat yang selalu diperkatakan oleh kaum ibu dan anak anak perempuan.

Tema kami se-family untuk tahun ni mungkin warna pelangi.
Belasah jelah, kata mak!
Tak pelah asalkan berbaju kata mak dan ayah aku. (betul tu!)
Jangan togel dah.

Semalam aku sudah pon sempat membeli.
Tahun ni warna oren menjadi warna bajuku.
(dah tu je corak yang cantik)
Terima kasih ayah, (pening kepalanya tika nak bayar) huhu.

Sekarang tinggal a few things yang aku nak shopping.
Seperti kasut, accessories, skinny jeans and beg maybe dan lain lain.
Nampak macam banyak kan?
Sememangnya aku kaki shopping.
Duit ptptn aku banyak dihabiskan untuk bershopping.
(shhh mak ayah tak tahu ni) hihi..
Tapi semuanya tak mahal pon.
Mostly aku shopping di times square.
(do come here, murah murah babe)

So, cukup sampai sini.
Harap ramadhan dan raya tahun ni lebih bermakna buat diriku.
Makna yang membawa kepada kebaikan.


Saturday, August 29, 2009

im confuse!

Am' i really ready for berhijab now?
The answer is,
Sometime yes and sometime no.

Ya Allah, please guide me.

kata hati:
Hati terbuka mahu memakai mahkota itu tapi kadang kadang aku rasa masih belum bersedia untuk menyarungkannya. Aku masih mahu rasa berpakaian itu dan ini. (terukkah aku?)

Friday, August 28, 2009

terima realiti

Kadang kadang aku tak paham dengan perangai kau.
Apa yang aku lakukan ada saja yang tak kena.
itu tak kena lah, ini tak kena lah.
Sedangkan apa yang kau buat,
aku hanya sekadar melihat dan menegur jika salah.
tidak sesekali mengongkong kehidupan dan
keinginan remaja kau.
Aku juga seperti manusia lain.
Aku juga seperti remaja lain.
yang punya keinginan dalam hidup.
keinginan untuk lakukan apa yang aku mahu lakukan.
ingin BEBAS.

benar, marah itu tandanya sayang.
tandanya kau benar benar sayangkan aku.
tapi perlukah kamu marahkan aku
setiap kali apa yang aku lakukan?
setiap kali apa yang aku mahukan?
setiap kali apa yang aku cuba katakan luahkan?

tahukah kau,,
setiap kali aku bersama kau
aku tidak jadi seperti diri aku yang sebenar.
aku kawal diri untuk jaga hatimu.
tapi,, sampai bila?
sampai bila hanya aku saja yang perlu jaga hati kau tu.
aku juga mahu jadi seperti kau,
bebas saja dalam perbuatan,
bebas saja dalam perbualan.
lakukan apa yang mahu dilakukan,,

tapi aku?
aku bukan tunggul,
aku bukan kayu,
aku bukan anak patung,
yang perlu selalu saja mengikut telunjuk mu!

kau selalu merungut.
kau tension la,
kau marah la,
kau benci la,
tiap kali kita bergaduh.
Tahu tak, aku juga rasa begitu.
(cuma aku simpan dalam hati)
Bertahun aku tahan dan simpan perasaan tu.
Kau selalu menyebut perkataan "PUTUS"
tiap kali kita bergaduh.
Sekarang, kita dah putus!
Tapi kenapa kau perlu "gila talak"

Sayang,,
aku rela putus dengan kau
kerana aku sayangkan kau.
Aku tak mahu lagi jadi orang yang
sentiasa buat kau marah, tension dan kecewa.

Sayang,,
aku rela putus dengan kau
bukan kerana hatiku sudah punya yang lain.
tidak sama sekali.

Sayang,,
aku rela putus dengan kau
kerana aku mahu kau dapatkan yang terbaik.
Yang boleh mendengar kata kau.

Maaf, aku tak dapat jadi teman mu yang baik. Aku juga punya keinginan. Terimalah realiti, kita tak boleh bersama lagi. Aku sayangkan kau, tapi dirimu yang sukar berubah buatkan hati aku semakin tawar, tawar untuk menyayangi mu. Semoga Allah melindungi mu dan berikan Petunjuk-Nya.




Sunday, August 23, 2009

Ramadhan

Seronok rasanya dapat perpuasa di rumah, kediaman ku sendiri. Ada ayah, ibu, kakak dan abang abang. Lauk pauk pulak tak payah cakap la, maaacam macam! Yang bestnya sebab masakan ibu. Memang terbaek dari ladang! haha. Terima kasih ibu, masakkan lauk feveretku, sambal sotong!
Tapiii..

Hari ni, hari Ahad 23.08.09. Aku dah masuk kandang balik (Uitm). Tak pelah, walaupun sehari je dapat berpuasa sama sama dengan family, aku bersyukur. Syukur sebab:
1. dapat bersahur, berpuasa dan berbuka dengan mereka
2. bersembahyang jemaah dengan mereka
3. dan bergembira dengan mereka

Pada yang lain (bloggers),,
Selamat Menyambut Hari Ramadhan.
Selamat bersahur.
Selamat berbuka puasa.
Selamat menjalani ibadah.
Selamat melakukan terawih.

Selamat, selamat, selamat...

Thursday, August 20, 2009

Letih

Hari: Rabu (Khamis)
Masa: 4.18 am
Sebab: Assignment :(

Baru saja lepas menghabiskan assignment yang aku baru tahu pukul 1o lebih tadi. Sedangkan due date nye esok! sengal betul la aku ni. Be alert CHOCO!!

OK, penat mau tidur (kematu muntut gue). Nasib baik kelas pukul 1o esok.
Nite, ZzzZzzzz....

Wednesday, August 19, 2009

Malu lagi

Dulu entry aku pernah cite aku malu sebab baju ketiak aku koyak. Dan kali ni lain pulak.
Hari, 17 Ogos 09..
Waktu tengah hari, pukul 2..


Aku dah siap cantik cantik wangi wangi (perasan la ko) nak pergi ke kelas. Dengan muka dan badan yang agak letih sebab pose aku gagahkan jugak gi ke kelas. Tengah dok jalan sambil borak bergosip dengan member, tiba tiba "tup" aku rasa longgar kat kaki. Muka aku terus jadi merah (malu), dah tahu apa yang terjadi ni. Terus jerit perlahan, "Sipar aku putus!" bongek betul! Penat penat control cun nyah. Bila sipar dah tercabut aku terus stuck kt tepi jalan dan diri sambil buat muka dono, muka tak bersalah (malu padahal). Dah la waktu tu time kemuncak orang pergi kelas! Adeeh.. Nasib baik la hari Isnin, so kain baju kurung labuh tutup sikit kla aki aku yang tercabut sipar ni!

Tapi, syukur la. Nasib baik member aku sorang ni sanggup patah balik gi kolej tolong amikkan aku nye sipar yang lain. Nasib baik jugak dekat dengan kolej lagi. Tq ML! Aku pon tunggu la tengah tengah panas tu dengan member aku sorang lagi ni. MAAF buat kau kena tunggu aku tengah panas. Tengah dok menunggu tu, dan dan pulak ramai gak orang yang aku kenal lalu situ. Sume duk menegur tanye nape tercegat kat tepi jalan tu. Aku senyum jela sebab tengah control cover kaki (hehe), member aku yang tolong jawabkan. Terima kasih ye tauke! Mana yang tak kenal tu dok pandang pandang, apsal tau la kaki aku cantek! (perasan lagi minah ni)


Inilah sipar nye, telah dibulatkan.. hehe


Dari jauh aku nampak ML terkedek kedek bawak plastik sambil lambai tangan kat aku. Yeah, here my Hero! Here my sipar! Cepat cepat tukar sipar (sambil pandang kiri kanan) dan teruskan niat pergi ke kelas sambil tergelak gelak macam orang gile.

Dan hari ni, Selasa, waktu gi kelas malam sipar ML plak tercabut! hahaha. Lantak ketawa kitorang. Dah kena badi aku! Tapi maaf, sebab dah jauh dari kolej. Tak dapat cek nak tolong. Tapi aku tahu sipar kamu tu masih boleh untuk digunakan untuk berjalan waktu tu. Siap boleh singgah masjid lagi tau after kelas. huhu..


p/s: pada ML dan Tauke terima kasih ye, jasa mu dikenang!

Saturday, August 15, 2009

nasib baik!

Assalamualaikum (maaf mengganggu)
Perhatian kepada semua warga Kolej.
Disini terdapat satu pengumuman.
Semua pelajar diminta untuk mengosongkan kolej pada hari ini juga!
Kampus Uitm segamat telah di extendkan.
Semua pelajar harus mengosongkan kolej selewat lewatnya pada hari esok.
Harap maklum!

fuhhh!! Jangan buat andaian dulu! pengumuman ni aku yang buat. bukan arahan pengarah. dan yang penting alhamdulillah tiada pengumuman yang berbunyi begitu berlaku pada mana mana kolej pon hari ni. sebenarnya ramai gak pelajar yang tertunggu tunggu keputusan hari ni. sebab, hari ini ialah keputusan sama ada kampus segamat ini di extendkan atau pun tidak. dan so far, alhamdulillah takde pon! syukur laa. lagi 2bulan je kat sini pastu dh exam. just imagine la kalau di extendkan. tak ke naya namanye tuh! ok tu je nak cakap. hehe

movie

this movie
' p/s: I LOVE YOU '
make me cry!

p/s: do watch it.

Friday, August 14, 2009

to sis ana rihan

hai madu!
rajin sebab itu yang terlintas kat kepala ni nak tulis.
plus, akak bilik ni ada that "berokband" so pinjam la. (haha)
ok, kalau kita tak tahu pape kita akan roger kak aifa nye untuk minta pertolongan. (huhu)
(dia tahu blog kita eh?)

rindu kat korang!
nape tak datang aritu:(
ape laaa.
kitorang tertunggu madu n kak aifa dtg.


p/s: dari aritu kita tak boleh nak masuk tgk blog madu, nape ek? tolong bagi nama blog please. ni je cara kita leh connect dgn madu by post entry:(

Thursday, August 13, 2009

pening

-pening kepala buat assignment-

Wednesday, August 12, 2009

saya rindu

.saya rindu family saya.
.saya rindu kakak saya.
.saya rindu katil saya.
.saya rindu bantal busuk saya.
.saya rindu teddy bear besar saya.
.saya rindu astro saya.
.saya rindu masakan ibu saya.
.saya rindu time square.
.saya rindu wayang.
.saya rindu nak karaoke.


inilah benda yang saya gemari lakukan!

Tuesday, August 11, 2009

Jangan hisap lah!

Waktu: Malam
Tempat: dalam bilik

Wei, tolong la jangan kacau kacau aku. tolong la jangan jadikan darah aku ni sebagai hidangan makan malam mu. sudah cukup banyak kamu menggeget dan menghisap sampai bengkak bengkil tangan ku ni. gatal tahu tak, gataaaaaaal!! Aku juga memerlukan darah untuk hidup tahu tak. Aiyooh..


p/s: wahai en.nyamuk, carilah mangsa yang lain. yang darah nya lebih sedap dari darah ku. rimasla!

Monday, August 10, 2009

tolonglah JANGAN!

banyak rumors mengatakan UITM akan di tutup!
maksudnya, akan diextend!
TIDAK!!! TIDAK!! (menjerit bagai nak gila)
tapi tak tahulah sama ada kampus aku je atau semua kampus akan ditutup.
apa apa pun aku tak mahu di extend!
tidak mahu!
tolonglah.. tolonglah wahai pengarah ku yang baik hati.
tolong mempertahankan hak ini agar Uitm tidak ditutup atau di extend!
bukan saya je yang tak nak tapi ramai jugak student student lain.
kami tidak mahu habis lambat.

=( =( =(

puasa oh puasa!

Hari ini hari Isnin. Aku berpuasa bersama rakan rakan. Ada yang ganti puasa ehem-ehem dan ada jugak yang puasa sunat. Hehe.. Lauk yang kami makan hari ni:
  • nasi pataya
  • bihun goreng + telur mata
  • nasi goreng cili padi
  • dan air sedap- sunquick, milo dan neslo
Time tengah "sapedek" buka puasa beramai ramai mulalah, macam macam cerita yang kuar. Topik hangat kami pada hari ini ialah pasal IKAN. entah kenapa la ikan boleh jadi topik perbualan kami. huhu.. Ada kawan aku sorang ni cakap yang dia tak makan ikan pari sebab ikan tu mengalami menstrual seperti kaum hawa juga. Pada yang tidak tahu maksud disini ialah ikan pari juga mengalami "period" seperti kaum hawa. Hah! betul ke? geli plak aku nak makan. feveret tuh. tapi tak pernah pulak aku dengar. dan yang paling hangat perbualan kami, tengah tengah sibuk bercerita tu ada la sorang senior aku ni menyampuk. macam ni perbualan dia...

Si akak senior:
"dulu kawan akak ada tanya satu soalan ni. Kalau air nescafe+milo=neslo tapi macam mana pula kalau air kopi+teh=?? (adakah anda tahu jawapannya) kami terdiam dan pastu gelak bagai nak gila. Kahkahkah! masing masing dah paham ni dan aku pon dengan selambernya jawab la air 'koteh' la. haha!"

memang sengal sungguh soalan tu! lepas tu mula la kami bertimban timbun cerita pasal anggota yang lain plak. tak tahu ke, padahal puasa ni! ish ish kami ni. mengong tol la. haha.

*maaf entry ini agak lucah sikit bagi sape sape yang rasa begitu.haha=P

Sunday, August 9, 2009

Sebab babi atau orang?

H1n1. wabak yang semakin hangat diperkatakan. semua orang salahkan babi sebab dah nama pon selesema babi kan. tapi semalam aku dapat info dari akak bilik. dia kata ini sume adalah keje manusia yang mencipta virus dan menyalahkan babi pulak. menurut senior aku, kat mexico tidak ada kandang babi pon (tak pasti pulak aku). Orang mexico yang mencipta virus ni untuk mendapatkan duit hasil daripada jual vaksin yang negara lain akan beli untuk keselamatan. mereka mencipta untuk dapatkan duit kerana negara diorang semakin muflis. Adakah ia benar? adakah ia buatan manusia atau babi? hah, yang ni kita tak tahu ni! kalau betul la ni kerja orang mexico yang buat, aku harap tuhan balas la balik kat orang yang berkenan. tak patut sungguh! kalau negara engko nk bankrap pon jangan la susahkan orang sampai melibatkan kematian. nyawa wooo! tak boleh buat main.

tapi pape pon saya hanya menulis dan mendengar. tak tahulah sejauh mana kebenarannya. yang penting sekarang berjaga jagalah dengan wabak h1n1 ni.

*pada arwah student uitm segamat yang telah meniggal dunia akibat penyakit ini, semoga roh mu dicucuri rahmat. Al-fatihah...

Friday, August 7, 2009

Encik Penceramah

Diri rasa malas mahu menuju ke masjid mendengar ceramah hari ini(masyallah aku ni). Tapi dengan semangat COP KOLEJ aku kuatkan diri jugak (ish2!). Sesampai di masjid, rasa tenang tambah tambah lagi keadaan masjid yang dah sejuk sekarang ni. Sesudah solat isyak, ceramah dimulakan. Mulut mulalah jadi nakal, terbukak sana terbukak sini.
Potpet potpet menguap! , Menguap menguap potpet!

Tapi aku jadi hairan dengan diri sendiri. Starting je ceramah, ngantuk takdak, menguap pon takdak. Encik penceramah, kamu memang terbaik. Asik gelak je bila Encik penceramah tu bercerita. Tambah tambah lagi dengan loghat kedah dia tu. Segala ceramah yang dia berikan membuat aku berfikir. Memang tak rugi aku pergi masjid as-syakirin hari ni. Terima kasih diucapkan!


*yeah, esok tambah lagi satu cop. hehe..

Wednesday, August 5, 2009

Hellow bloggy!

Hai bloggy=)
How are you?
Sehat tak?
Amacam, banyak dapat story?
Ada orang komen kamu tak?

hahaha...
Kesengalan berlaku bila dah lama tak online bloggy ni.
Keadaan sekarang ni susah untuk ber-online di kampus memandangkan takde broadband.
Wireless plak mcm sengal je.