Friday, May 29, 2009

Shopping!!

Hey peoples!!
Threadmarkshop will be selling
tops, jeans, dresses, skirts, bags & belts
price ranging from RM15-RM80.

Do come and support us at our booth
KL, Solaris, Mont Kiara.

This Saturday and Sunday
(30th and 31st May)

From 12pm-9pm

Do bring along your freinds and partners

Tuesday, May 26, 2009

Happy birthday to you..

To my beshfwen, Shaira aka pwincess..
I wish u Happy bitrhday, Selamat Hari Jadi!!!
hihihi..
Sweet 1234..
hoppsss, secreto! hahaha..

1. Selamat menambahkan umur
2. Hope success in your life
3. Wish your dream come true
4. Semoga dimurahkan rezeki
aminnnn..

Love you..
XOXO, choco..

Argggggh geramnye!!!!

*Lihat topi oren die, siap de bunga lagi..


*Balerina baby..hikhik


*Lihat mata die yg chumel tu.


*Pwincess baby=)


P/s: sungguh chumel kan babies ni. Kalau dpt ni aku picit pipi die! hikhikhik=p

Disebalik love songs!


Tak tahu nak story ape. Just semalam akak ku ada beli CD ni, title- "LOVE 101". CD ni ada 101 famous love songs. Hrmm tak tahu la nape akak ku beli CD ni. Mengikut firasat aku (ceh!) die ni mungkin tengah angau. Orang jawa cakap "in LOVE mood". hahaha.. Biar la asalkan die bahagia!

Cakap pasal cinta, aku memang sedih dengan kisah cinta akak aku ni.
Macam nii..
Dulu time kat "U" until 2006 (kalau tak silap) die couple dgn 1 guy ni. Memang lama! bertahun gak around 7 years. Tapi bak kata orang, kita ni manusia hanya merancang tapi Tuhan yang tentukan. Tiba-tiba dlm bape hari guy ni dah mula buat perangai. dah tak selalu contact, senyam je, tak jawab call. Tapi disebabkan kesabaran dan kepercayaan akak aku ni die maintain je dulu. Sampai la 1 harini diorang jumpe. Cite punya cite, last2 diorang putus.

After kejadian tu, aku selalu tengok mata dia merah je, selalu marah-marah, dengar menangis kat toilet. After couple of month baru la aku try tanye kat die cite yg sebenarnya. Then cite punya cite, akak aku cakap lepas je putus dalam a few month guy tu dah kahwin dengan orang lain. Akak aku dapat tahu pon sebab wedding die kuar kat magazine.

Menurut cite akak aku gak, guy ni kahwin pon sebab kan family business. sebab bapak laki tu member dengan famly ponpuan tu, something like that laaa. Sumenya kerana duit and business. Akak aku tak sangka jadi camni. Bayangkan jela, dah lama couple and diorang dah hampir nak tunang pon tapi jadi lain plak.

Hrmm...
Papepon hope u got a nice and much more better than dat guy! Maybe Allah tu nak bagikan yg lebih baik untuk akak. I oweys pray for u, my dear SIS.... Mmmuah!!


P/s: tapi lain kali akak dgr lagu ni sorg2 eh. Buat aku ngantok laaa.. hehe..

Tuesday, May 12, 2009

Malunya aku!!!

Waktu petang, jam pukul 5.30. Dengan gembiranya melihat cuaca yang agak bagus untuk keluar pergi berjogging. Aku pon call member-

Truuut.. Truuut.. truuut... (telefon berbunyi)

Choco: Hello..

Member aku: Oit..
Choco: Tengah buat pe?

Member aku: Tengok tv je, apsal?

Choco: Jom gi jogging kat bla..bla..bla..

Member aku: Jogging?! hrmmmm.. ok laa..

Choco: Ko drive eh,boleh?

Member aku: Ok tak de hal, tapi pukul bape mau gerak?

Choco: Ermm kul 5.30 la..

Member aku: Ok nanti aku datang umah ko. On time eh.. bye

Choco: Wokeh! papai..

Tepat jam 5.30 petang member aku tu pon datang laa..
Dengan yakin dan gembiranya mau menguruskan badan,
aku pon naik la kete dengan die.
Kitorang borak2, gelak2. Dah lama tak jumpa katakan.

Jam pukul 5.45(lebih kurang la), kami sampai ke tempat destinasi.
(pelik kenapa orang pandang2 aku eh? then senyum2.. erm lantak la)
Semangat berkobar2 nak berjogging.
Kami warm dulu,streching sikit2 then start la aktiviti berjogging.

Masa lebih kurang 1jam untuk kami habiskan berjogging sepanjang 3km tu,
macam2 gak la yang berlaku.

1. Baru je dalam 15min jogging, dengan tidak semena2 kasut aku boleh plak tercicir/tertanggal dari kaki aku (pelik betul camne buleh tertanggal?!) Aduh! malunya. Tertanggal tu satu hal, time tu plak ada la beberapa orang brother2 yang hensem(ermm body die lu pk sendirila!) tengah jogging lalu betul2 kat sebelah aku plak tu! Kalau pakcik/makcik yang lalu tak pe jugak. hehehe.. Masih buleh control lagi. Ini?! brother encem plak. Ermm yang brother2 tu pon sengeh je kat aku. Nasib baik tak cakap or perli pape. Member ak plak siot, dah jogging tinggalkan aku kat belakang- "terkontang-kanting"

2. Tambah lagi sebakul! Time2 tengah syok berjogging tu ada lagi satu kejadian yang berlaku. Tempat yang kami jogging tu memang banyak dengan monyet2 dari hutan turun kat jalan raya. Monyet2 tu plak suka bergelimpangan kat jalan raya tu sebab ramai gak "ahli sedara mara" die kot yang baik sangat bagi makanan sampai menyebabkan tempat tu jadi kotor dan agak berbau, (ni la orang bandar jakun tengok monyet in real life agaknya~hahaha!). PASTU! dengan tidak semena2, kami telah memandang satu aksi yang agak aggresif. Iaitu, dua ekor monyet yang sedang bersaramadana! Hi..Hi..Hi.. Itu kira ok lagi, benda normal. TApi, yang sebabkan kitorang tak tahan gelak tu sebab dua ekor monyet tu "buat" kat atas tiang lampu! (sengal betullah) HAhahahahaha(ketawa besar) "Tak de ke tempat lain ko nak buat", member aku cakap. Abis bergegar tiang lampu tu macam nak roboh dah aku tengok. Dan yang malunya~ aku boleh plak tengah gelak2kan monyet tu satgi kaki aku terple'ot kat depan orang ramai. Bengong punya monyet! (monyet pula dipersalahkan) huhuhu.. Nasib baik tak seliuh. Dengan selamba kataknya, aku dan member meneruskan destinasi. (eh jap! masih ada orang yang memandang dan "senyum2" bila tengok aku. erm lantak la, aku zun sangat kot~ PRASAN)

3. Saat2 yang paling ditunggu! Semakin hampir dengan tempat destinasi. Muka pon dah tersenyum lebar sikit. Menantikan air yang kat dalam kereta tu. Erm tapi belum sempat sampai kat kereta, terserempak plak dengan brother2 encem tadi. Lalu sebelah gak. Tiba2 brother tersebut berkata-kata,"awak2, awak joging ni mesti rasa tak panas kan".. Aik? brother ni nampak je emcem tapi nape dia cakap macam tu. Mungkin otak die sengal skit kot. Aku pon biarkan je laaa..

Akhirnya, sesampai je kat kereta aku terus mencapai air, kehausan. Then rest jap pastu kami sambung buat streching. Time tengah streching tu aku pon angkat la tangan ke atas. Lagi sekali! Tiba2 plak member aku ni ketawa macam orang gile. Aku pon..........

Choco: Wei, ko OK ke tak? Apsal tetiba gelak ni?

Member aku: HAHAHAHAHA! (masih tidak berhenti ketawa)

Choco: Woit! jangan r camni. Cakap r, nape ko de nampak monyet beromen lagi ke?

Member aku: Woi.. baju ko la!

Choco: Hah? baju aku, nape? (cepat2 tengok sume disekitar baju aku)

Member aku: Tak nape brother tadi cakap camtu kat ko? Sebab, baju kat ketiak ko KOYAK la wei!!!!! HAHAHAHA

Choco: OMG!! budus betol.. besar plak tuh. MALUNYAAA!! camne aku bole tak prasan ni..

Choco dan Member aku: HAHAHAHAHA

Hrmmm patot la aku rasa lain macam je sepanjang aku berjoging tuh..

Moral of the story: SILA tengok dulu/ check baju anda sebelum keluar dari rumah..
Jangan jadi macam saya, amat memalukan.
~hihihi~


Sunday, May 10, 2009

Love letter to my beloved!

Tajuk: SELAMAT HARI IBU
Hari ahad, 10 MEI '09
Waktu: 8.55 pm

Bagi ak ibu itu adalah seorang insan yg:
  • Berhati mulia.. Sebab ape? sebab DIA sanggup sarat mengandung dan melahirkan kita untuk hidup di dunia ni. Sikit pon tak mengeluh dengan adanya kita tumpang kat perut DIA tu..hihi
  • Penyabar.. Sebab ape? sebab selama 9bln mengandungkn kita DIA terpaksa sabar dgn sakit dan penat yg DIA kena tanggung untuk 9bln (tu belum masuk pantang lagi) dgn perut sarat ke hulur ke hilir. Bila dh lahir, DIA bersabar pula dgn perangai dan sikap kita dari kecik smpai la besar. Nape DIA wat camtu? sebab DIA amat sygkn anak-anaknya dan mahu mendidik sehingga jadi org yg berguna.
  • Baik dan Rajin.. Sebab ape? sebab sentiasa akan masak lauk yg best2 untuk anak-anak dan suami. Rajin? selalu je kemas rumah make sure semuanya bersih dan perfect! Basuh baju,cuci pinggan hrmm macam-macam lah!
  • Penyanyang.. Sebab ape? dengan adanya sifat kasih syg DIA sanggup lakukan ape sahaja demi kebaikan keluarga! Walaupun time tu DIA tak sihat tapi demi keluarga DIA pasti akan buat jugak.
As conclusion (ceh mcm wat essay lak), bagi ak Dia itu adalah seorang WANITA YANG GIGIH/KUAT dalam segala hal. Dan DIA yg ak maksudkan ialah ibuku,jangtung hatiku n teddy bear ku..hehehe.. Walaupun ibuku tak ada blog tapi ak nk gak cakap-


IBU, i LOVE u soooo much till the end! Only you are the Queen of my heart! Without you, I never have a chance to live in this world.. TQ so much for everything! You are the greatest MOM in the world n the Best among the best! MMuah.. Mmuahh.. Muah..
Happy Mothers Day, IBU!!!

Lots of love,
from ur daughter=)

Thursday, May 7, 2009

wingmates

Malam ni aku tak buleh tido.
Seronok sgt sebab lagi few days je kt kampus ni.
mentang-mentanglah lagi dua paper jew.
Choco.. Choco..
ingat tujuan ko datang sini untuk belajar.
jangan malas! jangan malas!

Keadaan sekarang ni (3.05 am)
Hari ni saja-saja nk tido kt bilik akak senior..
Sedeh laaa=(
Lagi bape hari jew dpt get along dgn diorg..
Next sem dah tak jumpe..(sbb diorg part6)

Mari kita bercerita,
Bilik aku terletak di groundfloor.
Kat wing ni ada 4 bilik yg mmg kamcing..
iaitu bilik bernombor:
001
002
003
004


Buleh dikatakan 4 bilik ni:
"Apa yang penting kerjasama", WONDERPET!!
(wiiii)

Antara empat2 bilik ni, 3 je junior..
yang lain sume senior part 6.
Bagi aku diorang la senior yg paling cool and sempoi jew..
Seniority?!
Tidak sama sekali..
Bagi diorang, tu sume poyos jew.
Memang besh!
Kalau dulu dekat wing lama ak,
a few je yang ok buleh bawak bergurau.
yang lain sume bajet jew
(konon sbb senior)
bagi diorang at least ko respect dh cukup.

Ada 10 senior yg cool kt wing ni.
Starting with my room..
known as furby and ghost.
dua sis ni akak yg palng klaka n sempoi jew.

Sis ghost: ganas tp hati lembut,funny,suke nyanyi (pitching lari habis!),
bile time ak makan suke ckp- "lapar eyy...nk sikit" (nada yg agak godik)..
Sis furby: die cumel, gile pandai every sem DL, suke shopping online..

-003-
Sis Asi: takot katak sgt2!, sempoi, muka agak garang..
Sis Ali: mpunyai rambut panjang yg sgt cantik, cumel, agak pendiam..
Sis Warhead: orang kata dia ni hidup dlm dunia katun(ntah la), agak pelik..

-004-

Sis Mama: mcm rafidah aziz, DL every sem gak, sentimental,selalu tak nak mkn nasi(pelik)..
Sis Onion: Ermm no komen kot, ok jew..
Sis Ana: madu aku, dorang ckp die agak blur, suke pakai baju kelawar..
Sis bimbeng: kecik, suke ketawa kuat, suke kasut wedges die wane putih..

Itula diantara wingmates ak yg best=D
TO all my dearest sis, after ni hope kite sume still dpt jumpe lagi and contact2 selalu..

To sis furby and mama, insyallah kite tak lupe pesan2 korg..
Hope BADI sis furby melekat la kt ak..hihi

Lots of LOVE, choco..