Sunday, November 29, 2009

Rambut

Semalam tengok drama
"korban kasih"

Umie aida nampak cantik dalam drama tu.
Terus ibu kata,

'ibu nak akak dengan adik bela rambut panjang macam tu'
'Macam umie aida tu'

OK, aku ada job baru sekarang.
Bela dan jaga rambut.
Baik ibu!

-Sekarang baru panjang ni-

Thursday, November 26, 2009

Buat si Dia...



Lyrics

Saturday, November 21, 2009

Siapa mahu jadi boyfriend saya?! (panjang, Jangan baca kalau tak berminat, hahaha)

Adakah anda teruja dengan title di atas? hihihi.. Katakan ya, pada shieldtox! hahaha, lari tajuk betul la kau ni choco and i even know how to eja brand spray nyamuk ni pon. hehehe. Ok, back to the story. Title hari ini bukan sekadar title sahaja. Tetapi memang aku mahu huraikan what type of men that I dream off!! cehh.. Hrmm lets check it out bebeh!

Ohya, before that, post hari ni semua gara gara my cousin yang story kan how romantik BF dia and her girlfriend. So aku jelous (haha jangan salah faham ok). She told me to write this, so MASHA here it is!!

First, Mr.right tu mesti memahami diri saya. Sebab apa?
Sebab, sepanjang saya pernah couple bertahun lamanya banyak yang saya pelajari
sikap lelaki ni which is my EX. Dia tak pernah memahami diri saya.
Apa yang saya nak, apa yang saya suka, apa yang saya tak suka and bla bla bla... Kalau saya sedih, tengah susah ke, sakit ke, dia perlu tahu apa yang dia harus lakukan. Lagi terer kalau dengan hanya kata kata dia, saya dah rasa okey.


Second, I love if the Mr. Right tu romantic but at the same time he's funny and notty!
That was great three combination to me. Sebab, kalau romantik sangat
sampai tangkap leleh pon tak best jugak. hehehe. Macam ter'over jiwang pulak.
So, time time tengah romantik tu dia juga mesti pandai buat saya ketawa.
Yup, im talking about laughing! Saya suka ketawa dan saya suka jokes.
Oleh itu, dia mesti seorang yang kelakar yang selalu bagi saya ketawa,
happy all the time when spend time with him. Lagi terer kalau dia boleh buat saya ketawa sampai keluar air mata and terguling guling macam filem hindustan.
Hahahaha.. (Over la u ni choco) Dengan adanya combinations ni, to me,
relationship tu akan lebih ceria and ceria.. teheee:)


May day may day- NO HOT TEMPER, PLEASE!! hehehe.
Ini yang ketiga. Hrmm.. same dari apa yang pernah saya alami. Cukup!
Couple dengan orang yang tidak ada kesabaran adalah satu penyeksaan bagi kamu.
So please, back off if you are the hot temper person. Sebab, saya takut and dah serik dengan lelaki yang ada cop "hot temper" kat dahi dia. Lelaki yang macam ni
anytime and anywhere je dia boleh Meletup kebabom! Ada je yang tak kena pasti marah tak tentu pasal even the small thing pon. Hari hari pasti akan gaduh.
EXCEPT! kalau lelaki tu ada cop "hot tempe", ahhahaha! I like eat tempe.
hahaha~ mengong choco...


"Saya rasa selamat bila dengan awak"! Setiap wanita akan ada satu sense (not six sense) yang
automatically akan dapat dirasai kalau bersama dengan Mr. Right mereka.
Hah, hebatkan wanita? huhuhu... Saya mahukan feel itu. Bila dengan Mr. Right,
saya akan rasa selamat untuk pergi mana mana pon dengan dia. Tak kisahlah kalau body figure dia tak macam body builder like malik nor tu, hihih.. But at least i feel safe with him.
Mr. Right saya tu juga mesti tahu nak jaga diri saya.
Contohnya, kalau macam saya lalai time tengah cross the road ke or
kalau saya terjatuh kat depan orang ramai sebab pakai heels ke.
He knows how to protect me, ok sayang? hahaha


Love me the way i am, macam blog song kita ni. hehe..
Mr. Right itu perlulah sayang dan terima diri saya seadanya. Dia tak kisah kalau
saya ni kadang kadang busuk ke, comot time jumpa dia ke or apa apalah. Dia terima diri saya yang seadanya ni.. Mr. Right yang betul betul right tidak akan pernah suruh anda
tukar itu or ini. Tak kisahlah dari segi penampilan or attitude.
Kalau dah sayang and suka, dia mesti terima seadanya right? Ohya,
Mr. Right tu mesti tahu show some LOVE bebeh. Saya a bit manja, hehe..
So, i like Mr. Right yang pampered i. But not too much okey!



Soleh! This is the most thing i ever dream off! Lagi sekali,semua perempuan mesti
mahukan yang terbaik dalam hidup mereka bukan, sama seperti saya.
Saya mahukan Mr. Right yang dapat membimbing saya dalam apa jua persepsi.
Soleh di sini bukan beerti dia harus seorang ustaz or alim.
Tapi dia harus tahu bezakan antara yang baik dan buruk walaupun
dia kadang kadang a bit gila sikit. huhu.. Dia tahu tentang agama.
Just amagine, (if) kahwin nanti bila dah masuk waktu solat dia cakap,
"Yang, jom jemaah dengan abang sekali" then after solat
saya dapat salam cium tangan dia and dia cium dahi saya.
So sweet rite?! hrmmm.. (berangan sekejap)


Ohya, before i forgot! Selain menerima diri saya seadanya, Mr. Right saya tu jugak
boleh terima rakan rakan saya. I love make friends.
And dia mesti pandai get along dengan member member
saya. Bukan kerana lebih pentingkan rakan rakan tapi saya lebih mengenali mereka
terlebih dahulu sebelum dia (mr.right). So dia mesti boleh accept rakan rakan saya.
Kalau tak suka sekali pon please jangan sampai suruh saya
putuskan friendship. Thats not good my dear!


Andre, andre yeeehaww! Hikhikhik. Kenapa begini?
Sebab i Love outdoor activities. Saya suka kalau Mr.Right tu
"kaki sukan". (Kalau boleh laa).. So bila petang petang, "Sayang, jom jogging".
hihi. Atau kalau ada freetime dia kata, "jom kita main perang perang?" hahaha..
I mean paintball here. huhu.. Plus, saya juga suka shopping! Sangat suka.
So harap dia boleh tahan jalan jalan dengan saya kat mall. hehe..
But im not pisau cukur okey..


Hrmmm.. Rasanya dah kurus sikit jari ni taip tak henti henti dari tadi.
hahaha.. Semua yang dikatakan di atas hanyalah kehendak manusia (aku)
yang sentiasa mahukan itu dan ini. Tapi belum tentu dapat kan.

Cukup sekadar dia seorang yang baik dan memahami.
Setiap manusia itu tidak sempurna rite?
Sama juga seperti saya yang serba kekurangan.


p/s: Saya tujukan entry ni khas pada cousin saya yang tengah syok bercintan, dan Mr.right yang tak pasti lagi siapa. huhu.

Love, choco...

Monday, November 16, 2009

hoorey, hoorey! its a holi..holiday!

First sekali aku ingin ucapkan alhamdulillah, syukur sangat atas segala galanya!! Terima kasih ya Allah kerana paper yang terakhir ni aku boleh jawab. Hampir semua yang dibaca, semua keluar. So, hari terakhir paper tidak membuatkan aku stress. Tambahan pula, hari nak balik ke my HOME SWEET HOME :)

Hrmm ok la bloggy, aku mahu stop di sini.
Tak mahu tulis banyak sebab dah letih and nak mandi. hihihi.. (saya busuk lom mandi agi)

Just for the next sem,,,
wait for me,
here i come!!
(after 1month break okeh!)

ZZZzzz.zzzz.ZZZ

Thursday, November 12, 2009

Hari pagiku yang indah!

Bangun pagi,
Tersedar ada message vibrato.

Buka.
Message dari Dia. a'hah!!
(suka suka)

Dia kata,
"Ni A**h ada belikan topup,
dah dapat nanti bagitahu ok,
ILU"

Dengan segera topup dan menelefon A**h

"Tq, belikan topup. Tapi kenapa A**h belikan?
(dah dapat lagi mau tanya, haish)
A**h belikan sebab teringat kat awak laa.

Hihihi..
Mulut aku yang masih ada cebisan air liur basi,
Dengan terharu terus mengukir senyuman manja.
Mata yang masih tertutup terus tercelik.

Membuat hari pagiku begitu indah!

A**h yang dimaksudksan ialah hero ku.
My AYAH!!!

Terasa terharu bila Dia berkata begitu dan
Terasa cumel Dia katakan ILU (I LOVE YOU)
hikhikhik..


LOVE U TOO Ayah! Lots of LOVE..
Mmmuahh!

Tuesday, November 10, 2009

Al-fatihah

Hari ini aku terima berita sedih.
Paklong tiada lagi disamping
kami sekeluarga.

Buat mu Paklong,
Jauh untukku datang
ke pengkebumian mu.

Oleh itu,
Hanya Al-fatihah yang
mampu ku berikan.

Al-fatihah...

Semoga roh mu dicucuri rahmat!

Monday, November 9, 2009

Hujan buat saya berasa lapar.

Sejak dua menjak ni, segamat sentiasa mendung dan dibasahi oleh hujan. Sejuk? Memang sejuk! Dan selalu buat aku sentiasa rasa untuk tidur, tidur dan tidur. Pergi tandas? Jangan cakaplah. Sehari mau lah tiga empat kali pergi WIWI. hehe.. Hujan di segamat memang tak sesuai turun waktu waktu begini (waktu exam).

Badan rasa sejuk,
Otak jadi beku,
Rasa mahu tidur.
Perut pulak, lapar memanjang.
hahaha..

Hari ini aku berjaya meluangkan masa berbloggy sebentar. Memandangkan gap last paper amat jauh jadi amat sesuai untuk merehatkan tangan dari menulis. Fuh! Amat letih. Sekali exam tiga essay kena buat. Jari sakit terasa bengkak memandangkan tekan bila menulis.

Sejak dari semalam lappy menjadi bestfriend ku! haha. Online sehari suntuk sampai pukul 6pagi baru tidur. (Handphone bukan peneman sentiasa buat masa sekarang. Sekadar dibawa kehulu ke hilir tanpa berbunyi,hrmm..)

Tapi tadi, tiba tiba dapat satu sms dari my friend. Yang berbunyi seperti ini...

(Salam, aku nak minta maaf sangat sangat dekat kau. Maafkan aku sebab dah banyak kali sakitkan hati. Aku sedar mulut dan perangai aku sure buat kau rasa menyampah dan sakit hati. IM SO SORRY. Lagi satu sebab aku layan kau macam nak tak nak je dan bla bla bla bla...)

Hrmm pelik. Kenapa dia cakap macam tu. Aku ada buat salah yang aku tak sedar ke? Aku ni menyusahkan dia ke? atau aku ada terkutuk dia? Apa salah aku eh? hrmmm..

Tapi memang beberapa hari ni aku perasan yang kau berkelakukan begitu. Sentiasa jauhkan diri. Tapi aku biarkan je. Tapi kenapa? Kalau betul aku ada buat salah kat kau, just tell me the truth! Sebelum ni pon aku dah cakap, kalau ada pape yang aku buat salah just bagitahu. Tak elok simpan simpan ni. Aku akan lagi terasa.

Mungkin aku tak sempurna seperti rakan rakan kau yang lain. Yang selalu jaga hati dan perasaan kau. Sentiasa ikut apa yang kau kata. Aku ini manusia, memang dilahirkan dalam keadaan yang serba serbi tidak lengkap. Selama ni, aku layan kau baik tapi kenapa tiba tiba macam ni. Dah berapa sem kita kawan, selalu tidur sama, pergi makan sama sama. Boleh dikatakan mostly apa yang aku buat, kau pon buat, member member kita yang lain pon buat.

Kita dah lama kenal sejak dari part1. Sepatutnya, kau dah faham perangai aku dan kalau ada rasa yang tak kena just let me know. Tapi bukan dengan cara bermuka-muka macam ni. Ok, aku minta maaf kalau aku ada sakitkan hati kau. Aku memang tak boleh nak puaskan apa yang kau nak atau orang lain nak sebab aku ni manusia biasa. Tapi janganlah sampai our friendship jadi renggang dan tak macam dulu lagi.

Aku masih ingat apa yang kak aifa, kak ghost, kak ana and mama pernah pesan dulu. Jagalah friendship elok elok. Kalau ada rasa tak puas hati bagitahu cakap elok elok. Jangan sampai jadi macam diorang yang dah last sem tiba tiba gaduh dengan member baik sendiri. Kau ingat tak pesan diorang?.. Tak bestkan?..

Kita dah sama sama gelak, suka suka. Senang kata semua kita buat sama sama dengan geng geng kita. Cuma mandi dan membuang je kita sendiri sendiri. Tak sedih ke kalau tiba tiba kita nak masam masam muka macam ni? Tak seronok kan. Kita duduk satu kampus, satu kolej, satu kelas. Pusing jauh mana pon kita mesti jumpa muka masing masing jugak.

Hrmm tak pelah, aku tak nak cakap lebih sebab kau pon tak dapat tahu apa isi hati aku cakap kat dalam blog ni. Dan aku tak dapat halang apa perasaan kau, apa yang kau rasa. Tapi sekarang aku dah reply message kau and just wait and see apa yang kau cuba nak explainkan. Aku tunggu kawan...