Tuesday, December 29, 2009

New year, masa kembali ke kandang.

Tik tok Tik tok. Waktu berbunyi, jarum jam bergerak tanpa henti. Kecuali jam dinding rumah aku yang berhenti kerana kehabisan bateri. Hari hari pukul 4.30. Haha. Yang pasti 2009 akan melabuhkan tirainya. Diam tak diam 2010 akan menjelma. Bye bye 2009 and Welcome 2010!!

Cerita pasal 2009, kesedihan lebih banyak berbanding kegembiraan dalam hidup aku pada tahun ni. Dan banyak juga yang aku pelajari dari kesilapan/ kesalahan. Ada yang sudah diperbaiki dan ada juga yang masih dalam proses pemulihan. Haha. But im not a drug person, absolutely not.

Dan yang pasti sambutan new year pada kali ini sedikit sedih kerana tanpa si Dia. Sebab selama 6 tahun bercintan new year pasti akan disambut bersama kerana pada tarikh 31 itu juga adalah tarikh hari jadinya. Two in one. But now one only. huhu. Tapi tak apalah. Semua yang terjadi pasti ada hikmah disebaliknya. Rite? Dan yang pasti Ibu, ayah, kakak dan abang ada bersama. Mereka lebih utama.

Ohye, cakap pasal new year maka di sini saya juga ingin mengumumkan bahawa cuti semester akan berakhir. Tidaaaak! DAMN! Im still in mood holidays. Tapi tengah dalam mood holidays, barang mandi dan food sempat jugak beli. Hehe. Now, the only thing i have to do is pack my bag. Ini adalah diantara perkara yang paling malas nak buat.

Actually bukan sebab malas nak kemas tapi berat hati dan bontot nak kena tinggalkan rumah. huhu. Nak kena tinggalkan TV. Nak kena tinggalkan katil yang empuk. Dan yang paling sedih sekali nak kena tinggalkan masakan ibu. Arggghh. So so sad. (terdiam sekejap mengenangkan beberapa bulan akan kena makan nasi bungkus) Hrmm...

Apa apa pon 2hari bulan dah kena balik Sekolah. Dah kena masuk kandang. Sekolah? Yeah, bak kata cousin aku,'dah nak kena pergi sekolah'. Haha.

So choco! For this semester u must study hard and smart ok! Make sure you aktif kat sekolah untuk semester ni. I nak u masuk netball or apa apa aktiviti ok. Jangan nak membusuk dalam bilik je nanti. Dan yang pasti I nak you mentain your pointer. Kasi naik naik dan naik lagi ok. (Talking with myself) Hihi..

Thursday, December 17, 2009

Tangan telefon ku

Sekarang aku dah ada handphone berkamera. Abang ejam punya. Yahoo! Hahaha. Amat jakun ini budak. Wei, orang lain dah lama pakai handphone berkamera okeyh. Hehehe. Dont be so excited. -terdiam terus-

Dulu aku ada handphone, pinky namanya. Sebab dia warna pink metallic (tak tahu eja, betul ke). Pinky masih belum dihantar hospital. Esok mungkin baru pergi buat check up untuk dia. Abang faiz dah janji nak bawakkan. Kesian dah lama sangat terperuk tak hidup hidup. Tu lah sape suruh you rosak, ngade ngade tau. Haha. Takpe takpe. Lepas you dah sembuh nanti kita bergumbira macam dulu ok my pinky?! Kita snap picture banyak banyak, dengar lagu, main game and bla bla bla... Pinky jawab- ok (Aku je dengar, aku gila) Hahaha.

Aku mengaku. Memang buhsan hidup tanpa handphone yang tiada kamera. Kerana aku dah terbiasa. Kerana aku gila bergambar. Hehe. Get well soon ye pinky! Mmuah mmuah...

Ohye, sebelum shut down computer ni. Choco nak ucapkan selamat menyambut awal muharram! Semoga di tahun baru ini, kita mendapat apa yang dihajati. Amin.

Hajat choco? Hrmm still tak list down lagi laa. Hehe. Tapi yang pasti semoga di tahun baru ini hidup choco lebih bermakna dan result exam untuk sem depan akan naik naik dan naik lagi. ;D

-HAPPY NEW YEAR-

Monday, December 14, 2009

Aku cemburu mereka

Pandang kanan, aku rimas.
Pandang kiri, aku rimas.
Pandang depan, aku rimas lagi.
Pandang belakang, masih rimas.

Rimas tengok mereka mereka itu.
Berdua sini sana.
Pasangan sini sana.

Cemburu. Aku bila lagi?
Rindu keadaan itu.
Hrmmmm.

Hari ini punya cerita

(message)

Me- " esok ZOMBIELAND at Klcc? "
Ewan- " Kalau rabu ok? "
Me- " Hrmmm okey. See u on Wednedsay "
Ewan- " Okey apa apa nanti text "


(Choco kata)

esok nak pergi saloon la.
Cuci and blow.
Mahu rambut curly tu. hehe.

Saturday, December 12, 2009

Hari ini dan semalam

Semalam berdebar debar duduk depan PC menanti result kuar.
Try buka before pukul 10, tapi mak ai! Busy betul.
Kena refresh refresh dan refresh banyak kali.
I mean, serious shit banyak kali kena refresh ok.
Disebabkan result punya pasal aku sabar sabar dan sabar cuba sampai dapat.

Dan finally! Setelah mencuba nasib yang begitu banyak aku berjaya.
Walaupun tak DL seperti yang diharapkan tapi
Aku rasa bersyukur sebab apa yang aku mintak selama ni
Tuhan makbulkan! Alhamdulillah.

Aku berdoa, sekiranya pointer aku naik sem ni
Aku akan puasa nazar selama 3hari.
Nah! dia dah bagi.

Bagi aku, pointer yang naik tu bukan sikit.
Tapi banyak berbanding dulu.
So, im proud with myself. yippy:)

Dan disebabkan itu juga,
Aku keluar celebrate diri sendiri di klcc hari ini. hihi.

Pergi tengok movie cerita ninja assassin.
Cerita tu memang dahsyat and mengilukan.
Darah sini sana tumpah macam air sirap!
1 to 10, i give 8. Best. Sila tengok ok.

Tapi yang funny nya, aku keluar dengan Ewan.
Member time sekolah tadika, rendah and menengah. huhu.
Tak semena mena boleh keluar dengan dia.
Ini adalah 1st time keluar dengan dia. Semua gara gara Facebook.
Entah macam mana, soseh soseh kat FB then kitorang keluar sama.

Ohye, disebabkan hajat aku termakbul and pointer naik.
Aku beli hadiah untuk diri sendiri.
Nak mintak orang malu plak. hehehe.

Dan hadiah tersebut ialah Jeng jeng jeng!!
Sweater Giordano warna biru. Nah, untuk kamu choco.
Alalala, thank you thank you! (gila cakap kat diri sendiri)
Ewan yang pilihkan. Dia kata amik birulah sebab hitam dah common.

Dah lama mengidam nak sweater tu.
Dah belambak orang yang pakai.
Aku baru nak rasa. -sigh-
Then now, aku baru dapat beli.
Duit sendiri, sangat puas hati.
Alhamdulillah lagi.

Ahhhh, rasa sangat bersyukur dan tenang dua hari ni.
Dah lama tak rasa macam ni.

-end-

Sunday, December 6, 2009

Jom kepoh kepoh!

jom jom jom jom, jom heboh heboh!!
atau
jom jom jom jom, jom kepoh kepoh!!

Hahahaha! Which one yang lagi best? Aku selalu nyayi yang kepoh kepoh tu. hehehe. Hari ini (Ahad), aku hang out lagi. Membebaskan diri. Wiiiii :)

Kali ni aku keluar dengan Kak Muna which is my neighbour, pergi ke Jom Heboh! jom jom jom jom, jom kepoh kepoh! One more time bebeh, i cant stop singing bila dengar that word (Jom Heboh). hihihi. This is my first time pergi ke Jom Heboh and the result is Jom heboh is fun walaupun dalam keadaan yang panas dan crowded dengan orang ramai.

Sampai je stesen Bukit Jalil, semua dah kabut nak keluar dari LRT. Then bila aku toleh kebelakang, totally kosong train tu. Semua berpusu pusu. Hrmm dalam pada masa yang sama macam macam ragam, macam macam kerenah, macam macam fashion aku tengok. Cuma macam macam Aznil je tak ada. hahaha.

Sampai je kat sana, mata dah mula melilau. First time kan. Banyak sangat booth booth dan kedai kedai yang ada kat situ. Bersepah sepah. Mata aku dah mula rambang, gatal nak beli itu dan ini.

Masa tengah keliling Jom Heboh, Melodi tengah stanby untuk shoot pukul 1230. Tapi malangnya, tak boleh nak menyelit sampai ke pagar. Terlalu ramai orang yang dah get ready kat situ. Tak boleh nak masuk camera and say, 'Ibu, im in jom heboh now, luv you!' hahahaha. Jakun lah you, choco. Antara artis artis yang dijumpai ialah seperti wahid, fara fauzana, maria tengku sabri, yang berlakon dalam cerita Bong (dont know his name la), ezani, tam, erryputra dan ashraf muslim.

Tapi malangnya tak dapat nak ambik gambar gambar semasa di jom heboh sebagai kenangan dan gambar sebagai untuk aku bubuh kat blog ni. Haish. Ni semua gara gara handphone yang rosak. Tak hantar workshop lagi. Terlepas nak bergambar dengan kereta ferarri merah yang cun kat situ. Owh no! huhuhu.

Next time, aku nak pergi lagi. Tapi kali ni, aku perlu sediakan payung sebab panas, pakai long sleeve or 3quarter, topi dan kamera. Dan yang penting duit yang tebal untuk aku joli kat situ. hikhikhikhik.

JOm jom jom jom, say what? Jom kepoh kepoh!! Okey, guwd! hahaha. See you next time kepoh kepoh...

Friday, December 4, 2009

Pengaruh / Terpengaruh

Hari ini hari khamis. Pukul 3 siap siap then keluar dengan anis. Hang out dengan anis pergi KLCC, cadang nak tengok movie. Cite Twilight: new moon.

Owh tidak! im in love with tingkah laku edward terhadap awek dia, Bella. Soooo romantic and protective. Now i know, why one of my friend terlalu gila gilakan mamat tu walaupun dia sangat pucat. Tapi body, sorry Edward- fail. Jacob's body is perfect. hehehe. Muscle, wuuuuu! Nice to see, nice to touch, once hug it, concider love it. hahaha =D

You know what, ramai yang sangat sukakan attitude Edward terhadap aweknya, Bella. The way he talk, smile, see, touch, kiss. Aahhhhh! LOVELY.. Dan disebabkan itu jugak ramai yang terpengaruh including me. Yes,me. hehehe. Dah habis movie sampai on the balik pon still keep talking the same story bout edward and jacob. hihihi..

On the way to eat char kuew teow kat Mali's, dengar iklan kat radio. Sampai ada yang cakap nak jadi vampire just like edward, so they can be together. Angan angan sungguh!

Dan ada juga yang kata, tiap kali bila di gigit nyamuk rasa seperti dia telah di gigit oleh edward dan jadi vampire. U see!! how terpengaruh they are. huhuhuhu. Tergelak bila dengar.

Seronok hari ini sebab tak jadi surirumah untuk satu hari. Dapat keluar, jumpa anis jumpa edward and jacob (hehe), jumpa matahari, jumpa orang ramai. Its fun, keluar jejalan! wiii..

Sunday, November 29, 2009

Rambut

Semalam tengok drama
"korban kasih"

Umie aida nampak cantik dalam drama tu.
Terus ibu kata,

'ibu nak akak dengan adik bela rambut panjang macam tu'
'Macam umie aida tu'

OK, aku ada job baru sekarang.
Bela dan jaga rambut.
Baik ibu!

-Sekarang baru panjang ni-

Thursday, November 26, 2009

Buat si Dia...



Lyrics

Saturday, November 21, 2009

Siapa mahu jadi boyfriend saya?! (panjang, Jangan baca kalau tak berminat, hahaha)

Adakah anda teruja dengan title di atas? hihihi.. Katakan ya, pada shieldtox! hahaha, lari tajuk betul la kau ni choco and i even know how to eja brand spray nyamuk ni pon. hehehe. Ok, back to the story. Title hari ini bukan sekadar title sahaja. Tetapi memang aku mahu huraikan what type of men that I dream off!! cehh.. Hrmm lets check it out bebeh!

Ohya, before that, post hari ni semua gara gara my cousin yang story kan how romantik BF dia and her girlfriend. So aku jelous (haha jangan salah faham ok). She told me to write this, so MASHA here it is!!

First, Mr.right tu mesti memahami diri saya. Sebab apa?
Sebab, sepanjang saya pernah couple bertahun lamanya banyak yang saya pelajari
sikap lelaki ni which is my EX. Dia tak pernah memahami diri saya.
Apa yang saya nak, apa yang saya suka, apa yang saya tak suka and bla bla bla... Kalau saya sedih, tengah susah ke, sakit ke, dia perlu tahu apa yang dia harus lakukan. Lagi terer kalau dengan hanya kata kata dia, saya dah rasa okey.


Second, I love if the Mr. Right tu romantic but at the same time he's funny and notty!
That was great three combination to me. Sebab, kalau romantik sangat
sampai tangkap leleh pon tak best jugak. hehehe. Macam ter'over jiwang pulak.
So, time time tengah romantik tu dia juga mesti pandai buat saya ketawa.
Yup, im talking about laughing! Saya suka ketawa dan saya suka jokes.
Oleh itu, dia mesti seorang yang kelakar yang selalu bagi saya ketawa,
happy all the time when spend time with him. Lagi terer kalau dia boleh buat saya ketawa sampai keluar air mata and terguling guling macam filem hindustan.
Hahahaha.. (Over la u ni choco) Dengan adanya combinations ni, to me,
relationship tu akan lebih ceria and ceria.. teheee:)


May day may day- NO HOT TEMPER, PLEASE!! hehehe.
Ini yang ketiga. Hrmm.. same dari apa yang pernah saya alami. Cukup!
Couple dengan orang yang tidak ada kesabaran adalah satu penyeksaan bagi kamu.
So please, back off if you are the hot temper person. Sebab, saya takut and dah serik dengan lelaki yang ada cop "hot temper" kat dahi dia. Lelaki yang macam ni
anytime and anywhere je dia boleh Meletup kebabom! Ada je yang tak kena pasti marah tak tentu pasal even the small thing pon. Hari hari pasti akan gaduh.
EXCEPT! kalau lelaki tu ada cop "hot tempe", ahhahaha! I like eat tempe.
hahaha~ mengong choco...


"Saya rasa selamat bila dengan awak"! Setiap wanita akan ada satu sense (not six sense) yang
automatically akan dapat dirasai kalau bersama dengan Mr. Right mereka.
Hah, hebatkan wanita? huhuhu... Saya mahukan feel itu. Bila dengan Mr. Right,
saya akan rasa selamat untuk pergi mana mana pon dengan dia. Tak kisahlah kalau body figure dia tak macam body builder like malik nor tu, hihih.. But at least i feel safe with him.
Mr. Right saya tu juga mesti tahu nak jaga diri saya.
Contohnya, kalau macam saya lalai time tengah cross the road ke or
kalau saya terjatuh kat depan orang ramai sebab pakai heels ke.
He knows how to protect me, ok sayang? hahaha


Love me the way i am, macam blog song kita ni. hehe..
Mr. Right itu perlulah sayang dan terima diri saya seadanya. Dia tak kisah kalau
saya ni kadang kadang busuk ke, comot time jumpa dia ke or apa apalah. Dia terima diri saya yang seadanya ni.. Mr. Right yang betul betul right tidak akan pernah suruh anda
tukar itu or ini. Tak kisahlah dari segi penampilan or attitude.
Kalau dah sayang and suka, dia mesti terima seadanya right? Ohya,
Mr. Right tu mesti tahu show some LOVE bebeh. Saya a bit manja, hehe..
So, i like Mr. Right yang pampered i. But not too much okey!



Soleh! This is the most thing i ever dream off! Lagi sekali,semua perempuan mesti
mahukan yang terbaik dalam hidup mereka bukan, sama seperti saya.
Saya mahukan Mr. Right yang dapat membimbing saya dalam apa jua persepsi.
Soleh di sini bukan beerti dia harus seorang ustaz or alim.
Tapi dia harus tahu bezakan antara yang baik dan buruk walaupun
dia kadang kadang a bit gila sikit. huhu.. Dia tahu tentang agama.
Just amagine, (if) kahwin nanti bila dah masuk waktu solat dia cakap,
"Yang, jom jemaah dengan abang sekali" then after solat
saya dapat salam cium tangan dia and dia cium dahi saya.
So sweet rite?! hrmmm.. (berangan sekejap)


Ohya, before i forgot! Selain menerima diri saya seadanya, Mr. Right saya tu jugak
boleh terima rakan rakan saya. I love make friends.
And dia mesti pandai get along dengan member member
saya. Bukan kerana lebih pentingkan rakan rakan tapi saya lebih mengenali mereka
terlebih dahulu sebelum dia (mr.right). So dia mesti boleh accept rakan rakan saya.
Kalau tak suka sekali pon please jangan sampai suruh saya
putuskan friendship. Thats not good my dear!


Andre, andre yeeehaww! Hikhikhik. Kenapa begini?
Sebab i Love outdoor activities. Saya suka kalau Mr.Right tu
"kaki sukan". (Kalau boleh laa).. So bila petang petang, "Sayang, jom jogging".
hihi. Atau kalau ada freetime dia kata, "jom kita main perang perang?" hahaha..
I mean paintball here. huhu.. Plus, saya juga suka shopping! Sangat suka.
So harap dia boleh tahan jalan jalan dengan saya kat mall. hehe..
But im not pisau cukur okey..


Hrmmm.. Rasanya dah kurus sikit jari ni taip tak henti henti dari tadi.
hahaha.. Semua yang dikatakan di atas hanyalah kehendak manusia (aku)
yang sentiasa mahukan itu dan ini. Tapi belum tentu dapat kan.

Cukup sekadar dia seorang yang baik dan memahami.
Setiap manusia itu tidak sempurna rite?
Sama juga seperti saya yang serba kekurangan.


p/s: Saya tujukan entry ni khas pada cousin saya yang tengah syok bercintan, dan Mr.right yang tak pasti lagi siapa. huhu.

Love, choco...

Monday, November 16, 2009

hoorey, hoorey! its a holi..holiday!

First sekali aku ingin ucapkan alhamdulillah, syukur sangat atas segala galanya!! Terima kasih ya Allah kerana paper yang terakhir ni aku boleh jawab. Hampir semua yang dibaca, semua keluar. So, hari terakhir paper tidak membuatkan aku stress. Tambahan pula, hari nak balik ke my HOME SWEET HOME :)

Hrmm ok la bloggy, aku mahu stop di sini.
Tak mahu tulis banyak sebab dah letih and nak mandi. hihihi.. (saya busuk lom mandi agi)

Just for the next sem,,,
wait for me,
here i come!!
(after 1month break okeh!)

ZZZzzz.zzzz.ZZZ

Thursday, November 12, 2009

Hari pagiku yang indah!

Bangun pagi,
Tersedar ada message vibrato.

Buka.
Message dari Dia. a'hah!!
(suka suka)

Dia kata,
"Ni A**h ada belikan topup,
dah dapat nanti bagitahu ok,
ILU"

Dengan segera topup dan menelefon A**h

"Tq, belikan topup. Tapi kenapa A**h belikan?
(dah dapat lagi mau tanya, haish)
A**h belikan sebab teringat kat awak laa.

Hihihi..
Mulut aku yang masih ada cebisan air liur basi,
Dengan terharu terus mengukir senyuman manja.
Mata yang masih tertutup terus tercelik.

Membuat hari pagiku begitu indah!

A**h yang dimaksudksan ialah hero ku.
My AYAH!!!

Terasa terharu bila Dia berkata begitu dan
Terasa cumel Dia katakan ILU (I LOVE YOU)
hikhikhik..


LOVE U TOO Ayah! Lots of LOVE..
Mmmuahh!

Tuesday, November 10, 2009

Al-fatihah

Hari ini aku terima berita sedih.
Paklong tiada lagi disamping
kami sekeluarga.

Buat mu Paklong,
Jauh untukku datang
ke pengkebumian mu.

Oleh itu,
Hanya Al-fatihah yang
mampu ku berikan.

Al-fatihah...

Semoga roh mu dicucuri rahmat!

Monday, November 9, 2009

Hujan buat saya berasa lapar.

Sejak dua menjak ni, segamat sentiasa mendung dan dibasahi oleh hujan. Sejuk? Memang sejuk! Dan selalu buat aku sentiasa rasa untuk tidur, tidur dan tidur. Pergi tandas? Jangan cakaplah. Sehari mau lah tiga empat kali pergi WIWI. hehe.. Hujan di segamat memang tak sesuai turun waktu waktu begini (waktu exam).

Badan rasa sejuk,
Otak jadi beku,
Rasa mahu tidur.
Perut pulak, lapar memanjang.
hahaha..

Hari ini aku berjaya meluangkan masa berbloggy sebentar. Memandangkan gap last paper amat jauh jadi amat sesuai untuk merehatkan tangan dari menulis. Fuh! Amat letih. Sekali exam tiga essay kena buat. Jari sakit terasa bengkak memandangkan tekan bila menulis.

Sejak dari semalam lappy menjadi bestfriend ku! haha. Online sehari suntuk sampai pukul 6pagi baru tidur. (Handphone bukan peneman sentiasa buat masa sekarang. Sekadar dibawa kehulu ke hilir tanpa berbunyi,hrmm..)

Tapi tadi, tiba tiba dapat satu sms dari my friend. Yang berbunyi seperti ini...

(Salam, aku nak minta maaf sangat sangat dekat kau. Maafkan aku sebab dah banyak kali sakitkan hati. Aku sedar mulut dan perangai aku sure buat kau rasa menyampah dan sakit hati. IM SO SORRY. Lagi satu sebab aku layan kau macam nak tak nak je dan bla bla bla bla...)

Hrmm pelik. Kenapa dia cakap macam tu. Aku ada buat salah yang aku tak sedar ke? Aku ni menyusahkan dia ke? atau aku ada terkutuk dia? Apa salah aku eh? hrmmm..

Tapi memang beberapa hari ni aku perasan yang kau berkelakukan begitu. Sentiasa jauhkan diri. Tapi aku biarkan je. Tapi kenapa? Kalau betul aku ada buat salah kat kau, just tell me the truth! Sebelum ni pon aku dah cakap, kalau ada pape yang aku buat salah just bagitahu. Tak elok simpan simpan ni. Aku akan lagi terasa.

Mungkin aku tak sempurna seperti rakan rakan kau yang lain. Yang selalu jaga hati dan perasaan kau. Sentiasa ikut apa yang kau kata. Aku ini manusia, memang dilahirkan dalam keadaan yang serba serbi tidak lengkap. Selama ni, aku layan kau baik tapi kenapa tiba tiba macam ni. Dah berapa sem kita kawan, selalu tidur sama, pergi makan sama sama. Boleh dikatakan mostly apa yang aku buat, kau pon buat, member member kita yang lain pon buat.

Kita dah lama kenal sejak dari part1. Sepatutnya, kau dah faham perangai aku dan kalau ada rasa yang tak kena just let me know. Tapi bukan dengan cara bermuka-muka macam ni. Ok, aku minta maaf kalau aku ada sakitkan hati kau. Aku memang tak boleh nak puaskan apa yang kau nak atau orang lain nak sebab aku ni manusia biasa. Tapi janganlah sampai our friendship jadi renggang dan tak macam dulu lagi.

Aku masih ingat apa yang kak aifa, kak ghost, kak ana and mama pernah pesan dulu. Jagalah friendship elok elok. Kalau ada rasa tak puas hati bagitahu cakap elok elok. Jangan sampai jadi macam diorang yang dah last sem tiba tiba gaduh dengan member baik sendiri. Kau ingat tak pesan diorang?.. Tak bestkan?..

Kita dah sama sama gelak, suka suka. Senang kata semua kita buat sama sama dengan geng geng kita. Cuma mandi dan membuang je kita sendiri sendiri. Tak sedih ke kalau tiba tiba kita nak masam masam muka macam ni? Tak seronok kan. Kita duduk satu kampus, satu kolej, satu kelas. Pusing jauh mana pon kita mesti jumpa muka masing masing jugak.

Hrmm tak pelah, aku tak nak cakap lebih sebab kau pon tak dapat tahu apa isi hati aku cakap kat dalam blog ni. Dan aku tak dapat halang apa perasaan kau, apa yang kau rasa. Tapi sekarang aku dah reply message kau and just wait and see apa yang kau cuba nak explainkan. Aku tunggu kawan...

Wednesday, October 28, 2009

Shopping make me smile

Hari ini aku mencuci mata yang semakin rabun ni dengan
pakaian pakaian, kasut kasut, beg beg, accecories dan yang sewaktu dengannya.

Akhirnya!! yeay!

Aku teruja kerana
segamat tidak seperti di sini.
(maaf orang segamat)
Bukan untuk aku
yang kuat beli itu dan ini.
Kuat bershopping!

Walaupun bajet sempit.
Aku tetap sempat beli beg dan baju.

Kaki dah penat,
Badan dah letih,
Tidurkan diri dulu.
Selamat Malam.

ZzzZzzzZzz...



p/s: Purse and sandal, wait for me yeah baby. I will buy both of you after my Final exam.

Thursday, October 22, 2009

WOMEN vs MEN

Topik pada hari ini ialah tentan women and men atau pun perempuan dan lelaki. Tengah baring baring sebelum melelapkan mata petang semalam, tiba tiba aku terfikir yang perempuan ni sebenarnya lebih kuat dari lelaki! Pada lelaki- ya, di sini saya mengatakan perempuan lebih kuat dari lelaki! Maaf ya.

Masa tengah dok tergolek golek, aku terfikir beberapa sebab that women are more stronger THAN men. Antaranya ialah bila aku dapat teka teki dari rakan rakan ku. Yang berbunyi macam ni,, (tapi maaf ya, agak luch sikit teka teki ini)


'KENAPA PEREMPUAN LEBIH KUAT DARI LELAKI?'
1. Darah banyak keluar but still tak mati mati- darah apa? fikirkan sendiri ya
2. Selalu kena cucuk but still sama jugak tak mati mati.
3. Bawak gunung ke hulur ke hilir tanpa rasa jemu dan penat.


Pada siapa yang mereka cipta teka teki ini saya ucapkan tahniah. Anda memang seorang yang imaginasi tinggi...


p/s: ada sesiapa (lelaki) yang boleh berdebat tentang teka teki ini? ada brann? silakan...hehehe

Monday, October 19, 2009

Minggu yang sibuk

Minggu ini minggu yang sibuk.
Masih sibuk, sibuk dan sibuk.

Satu kerja dah siap,
masih ADA lagi yang menanti.

Huish!!


p/s:
buat 'pakcik generator', terima kasih ye! Kesabaran anda duduk kat lori generator tu sehari suntuk. Kalau tak berpanas, bergelaplah kami dan tak dapatlah siapkan assignment.

Friday, October 16, 2009

Relax sakan!


Hari ini hari relax aku.
Tidak melakukan sebarang aktiviti yang berat.
Sekadar makan, minum, tidur, chating dan borak.

Padahal,
assignment dan test menanti minggu depan.

Tapi aku tetap relax.
Relax macam budak kecik ni jugak.

Thursday, October 15, 2009

Gelap gulita

Semalam blackout seluruh kampus segamat. Semua dok open room and mengipas sepanjang masa. Semua aktiviti dilakukan dapat didengari, sebab terlalu sunyi.

Ada yang kata:

pukul 10 malam,
pukul 12 malam
dan ada yang kata sampai
pukul 1 pagi
blackout akan berakhir.

Tup, Tup, Tup
Time tengah azan subuh baru ada elektrik balik.


Buat roomate ku,,
"nasib baik nyah, you ada bawak game UNO, kalau tak boring la sepanjang malam semalam"


p/s: kami se roomate sem ni memang suka panggil "nyah". Harap maklum. hehe

Monday, October 12, 2009

Sorry pakcik, saya cuma lapar

Tadi (pukul8), dengan gumbiranya menuju ke benteng nak amik food. Perjalanan memang agak laju disebabkan perut yang dah meronta ronta nak makan. Sesudah sampai ke gerai no3, aku pon terus menanya kat pakcik ni.


Aku: pakcik, saya nak amik order tadi
Pakcik: nama?
Aku: Sujan

Tengah pakcik tu sibuk cari cari nama aku, tetiba ada satu brother ni menyampuk.

Brother: Apa nama adik? (lagi sekali nak tanya)
Aku: Sujan. Saya dah order dari petang tadi bang.
Brother: Owh, dah ada orang amik la makanan awak tadi.
Aku: Hah!

Dengan tidak semena mena, aku tertinggikan suara kat pakcik tadi. "Macam mana pakcik, saya dah order dari petang tadi pastu dah ada orang amik plak". Dengan tak pikir panjang, aku terus pergi ke gerai no1. Pantau punya pantau, nasib baik ada nasi goreng. Boleh lah dari tak ada.

Tengah menunggu sementara makanan dan air siap, aku terpikir balik. Macam tak patut sebenarnya aku buat camtu tadi. Dia itu ialah seorang "pakcik". Cuba bayangkan kalau aku kat tempat pakcik tu. Mula timbul perasaan serba salah! Dalam hati,,,


PAKCIK, SAYA MINTA MAAF!
EMOSI SAYA TERGANGGU SEKEJAP GARA GARA LAPAR.
LAGIPON SAYA TENGAH PERIOD NI.
MAAF, MAAF YE.

Friday, October 9, 2009

Sebelum habis raya!




-Kenangan "jelajah raya 2009" kami sekawan-

Wednesday, October 7, 2009

Semester yang kabot

Semester
kali
ini
melemahkan
dan
mentensionkan
aku.

Terlalu
padat
dengan
itu
dan
ini.

Final pula dah nak dekat.
Otak makin padat.
Badan jadi penat.

-Selamat study choco-

Sunday, October 4, 2009

K-ep-si, sori tak dapat jumpa awak hari ini

Hari ini, hari last saya berpuasa nazar selama 7 hari berturut turut. Disebabkan hari terakhir, saya pon teringin nak makan k-ep-si. Dalam erti kata lain KFC. Jadi saya bercadang dengan budak masham ajak makan k-ep-si sama sama.

Semua dah setel. Saya dengan gembiranya and tak sabar nak geget badan si k-ep-si tu, pukul 6 saya dah menyiapkan diri nak keluar jam 6.30 nanti. Tapi satu message yang tiba tiba buat saya marah dan terasa bengang.

"wei, i think we got a problem"

Problem ape wei? Darah dah mula nak menyirap. Terus keluar bilik call budak masham tu. Nak dengar apa dia nak explain. Dia kata, tuan punya kete sewa tu ingat dia nak sewa kete main main. Wat a bloody fool betul tauke kete sewa tuh. Hello, geti sewa kete ke tak ni?

Disebabkan tiada kete, lepas bunyi azan saya buka puasa makan gula gula je! Just amagine, i only eat sweets for my break fast! :( Amat menyedihkan. Kempunan nak isi perut ni dengan ayam k-ep-si.

To masham, saya tak tahu sama ada nak marah awak atau si Tukang sewa kete tu. Tapi hati ni memang ada terasa sedikit bengang. Tak pelah, i take it as dugaan from HIM.

p/s: menggunakan ayat "saya" untuk menahan marah. Ok, tiba untuk buat assigment and belajar.

Lelaki tak geti bahasa

Hey fucking boy!
Pergi jauh jauh la!
Jangan kacau hidup aku lagi boleh tak!
Apa lagi yang kau tak puas hati!

Rimas.
Akan ku tampar muka kau
Kalau ada kat depan muka aku
sekarang ni.

Biar bulu mata kau yang lentik tu
gugur dan pastu BOTAK.



Saturday, October 3, 2009

Keselamatan berat sebelah

Mata dah kuyu, mengantuk. Tapi sebab gara gara pakguard aku bersengkang mata jugak nak post entry ni. Geram geram! Sebab apa aku geram? Sebab ni:

Hari ni aku dengan member member pergi beraya rumah member kitorang dekat Gemas. Bajet sebelum pukul 10 kitorang dah setel beraya tapi disebabkan beberapa faktor yang tak dapat dielakkan pukul 11 lebih kami baru bergerak pulang ke kampus.

Sepanjang perjalanan balik semua ok. Terima kasih kat DIA sebab tolong drive kan kereta kami yang semuanya perempuan ni.

Ok dah sampai cerita hangit aku ni! Sampai je kat pagar Uitm, macam biasalah kereta kena tahan dengan pakguard. Boleh tahan lagi, dah rutin diorang. Tapi yang menyebabkan kitorang menyirap kenapa kitorang kena tahan! Sedangkan kereta lain yang baru masuk semuanya tak kena pon! Unfair la wei! Macam bull****!

Ok fine kalau saman kitorang sebab balik lewat, abis kereta yang lain lain tu awat ko tak tahan! Kalau betul salah samanlah semua mana mana kereta yang lambat tuh! Asal, sebab kitorang ada laki ke? Ek eleh, come on la. Kitorang tak buat pape pon! Salah ke kalau kuar dengan laki pon! Bukannya berdua.

Chill la wahai pakguard "kesayangam" ku! Dah la ko tak adil then agak agak la. Considerla sikit! Asal ko nampak perempuan je, ko bagi lepas! Tapi bila ada budak laki ko tahan! Kami tahu encik encik sekalian boring dan terpaksa bekerja waktu malam malam camni. Dan sedangkan kami nyenyak dan lena tidur di bilik. Tapi janganlah disebabkan boring kitorang jadi mangsa saman awak! Yang lain tak kena pulak. Eeei bengang plak aku.

Tapi papepon aku ucap terima kasih kat pakguard sorang ni. (tak sempat plak tengok nama) Dia cool and tak saman kitorang lebih lebih. Yang si PINK Panter ni kecoh je mulut. Nak saman ni la saman tu lah. Ko pon tak betul, berat sebelah. Nampak perempuan je ko kasi jalan.

Gara gara raya ni pulak yang jadi. Sebab kamu lah wahai pakguard! Kalau ada disediakan surat recommendation, akan ku pastikan nama mu berada di Top3 untuk dipecat! Skema pon agak agak lah wei!

Ok, dah lega sikit lepaskan apa yang patut kat blog ni. Waktu untuk tidur, mimpi dah tempah aku ni. Nite bloggy...

Friday, October 2, 2009

Jejak kasih dengan Budak botaks

Sejak masuk Uitm ni aku ada kenal dengan seorang mamat ni. Atau dengan nama lain yang aku panggil "Budak botak". hehe. Actually, dia not botak at all laa but rambut dia ala ala mawi gitu. Huhu. Cop! By the way, Budak Botak ni bukan seorang but Twins. Yes! Mereka kembar. - So i should put "s" la kan at the end of the word, ok ada correction di sini- "Budak Botaks". haha

Sepanjang semester ni aku selalu je jumpa Budak Botaks ni. Selalu jumpa on the way to class la, kat atm bank islam, event Uitm dan mostly selalu terserempak kat pasar. Not pasar jual ikan eh but pasar petang. Asal jumpa je kitorang sure akan pandang sesama sendiri. Pastu bisik bisik dengan kawan or cakap cakap sendiri (akulah tu). Terkial kial otak pikir kat mana aku kenal muka Budak Botaks ni. Memang familiar dengan aku. Hasrat nak menegur memang ada tapi macam segan pulak. Tak segan sangatlah, tapi sebenarnya lupa nama diorang. hehe. Macam malu pulak kalau tak tahu kan.

Then, today berlaku satu episod jejak kasih. Di mana masa kat kelas Kokurikulum tadi one of them tegur panggil nama aku dengan yakinnya. Nasib baik betul! Then, bermulalah sesi jejak kasih antara kami. Actually dia pon tak berapa ingat nama aku. Just dia kenal muka aku je. Dia kata muka aku tak berubah sejak sekolah rendah dulu. (yeke?) Yang betul betul ingat nama aku kembar dia yang lagi sorang. The other one of Budak Botaks. Hahaha. Maaf ye sebab panggil awak Budak Botaks.

Now, kami dah kenal dan bercakap. Kalau tak sebelum ni masing masing bisu tak bercakap bila jumpa. Terpinga pinga- "macam ku kenal orang ini tapi dimana ya?"

Diri teruja dan seronok dapat jumpa member time sekolah rendah dulu. Sampai aku call ibu ceritakan tentang Budak Botaks ni. Hihi. Sebab dari sehari ke sehari nak tegur tapi tak tertegur pon. Nasib baik sorang Budak Botak ni mulakan dulu. Terima kace ye.

:)

Aku boleh tolong

Dia ada call and msg aku balik.
Dia kata, dia rindu dengan aku.
Dia kata, dia dah berubah sedikit sekarang.
Dia kata, dia dah sedar dengan kesilapan yang dia buat.
Dia kata, aku ialah satu satunya perempuan special buat dia.
Kalau dia nak cari yang lain pon, dia akan cari yang sama seperti aku.

Tapi kenapa sekarang kau nak berubah jadi macam ni!
Cara kau cakap, cara kau bertutur semuanya berubah.
Lain dari yang sebelum ni.
Dengan perpisahan ni baru kau nak sedar kesilapan kau ke?!
Susah sangat ke kau nak sedar sebelum ni?!
Sedangkan aku tak pernah paksa atau mengongkong hidup kau pon.
Padahal, semua tu tempias pada diri aku.
Diri aku yang kau buat macam tu!
Ada kau perasan?!

Tapi selama bertahun ni, aku tahan dengan kau.
Tapi sampai bila?!
Sampai aku jadi hamba kau ke?
yang kena ikut telunjuk kau je.
Sampai aku hidup macam katak di bawah tempurung ke?
yang tak boleh bercampur dengan orang lain.
Aku juga manusia, bukan binatang peliharaan kau!
yang semua kau nak tentukan.

Selepas kita dah putus,
hidup aku lebih tenang.
Tapi tak dapat dinafikan kau sentiasa bermain difikiran aku.
(kenapa kau sibuk main dalam kepala aku ni)
(pergilah kau jauh dari aku)

Sekarang kita dah berhubung semula.
Walaupun tidak seperti dulu.
Aku memang marah dan benci dengan kau!
Perangai kau terhadap aku!

Tapi aku bukan seorang yang kejam.
Maaf dan baik, dua perkara yang mudah berlaku pada aku.
Especially pada orang yang aku (pernah) sayang dan kenal.
Keluarga, rakan rakan, kau.
Senang kata aku cepat marah pada orang,
tapi mudah untuk memaafkan.

Aku akui, aku telah memaafkan kau.
Kita berhubung kembali ni pon kerana
Aku menganggap kau kawan baik ku.
(walaupun kau dah sakitkan hati aku)

Aku sudi untuk menjadi kawan (baik) kau.
Sebab apa?
Sebab aku tahu:
hidup kau tak tentu arah,
kau perlu dibimbing,
kau perlu sentiasa dinasihat,
kau dah banyak terpesong jauh.

Aku bukanlah baik mana yang boleh dibanggakan.
Tapi setelah Allah bukakan pintu hati aku.
Aku dah nampak jalan yang benar.
Oleh itu, aku perlu bantu kau.
Agar kau tak lalai dengan kehidupan.
Agar kau tak pergi jauh melencong.

Kerana apa?
Kerana kau orang yang pernah aku sayangi dulu.
Aku tak mahu lihat orang yang aku sayangi
Jadi teruk.
Sekurang kurangnya, aku mampu ingatkan kebaikan pada kau.

Dan sekarang, kau mahu kembali ke jalan yang lalai tu.
Kenapa?!
Dan kenapa baru sekarang kau nak mengaku dengan aku.
Mengaku dengan kesilapan buruk yang engkau pernah lakukan.

Kau tak perlu takut untuk mengaku!
Kau punya aku, ibu, family dan rakan rakan.
Dan yang pnting kau punya ALLAH.
yang boleh bantu dalam urusan kau.

Sekarang aku rasa terkejut dan sedih.
Sedih dengan keadaan kau yang begini.
Baru aku tahu perangai kau yang sebenar.

Mata dan hati menangis.
Lihat dan dengar apa yang kau beritahu.
Tak sangka selama ni aku kau permainkan.
Permainkan lebih dari apa yang aku pernah lakukan.

Cukuplah sayang,
Jangan bersikap begini,
Jelik aku lihat dan mendengarnya,
Kembalilah ke jalan yang baik,
Dari dulu aku sering mengajak kau,
Tapi kau sering juga berdolak dalih,

Aku ada kalau kau mahukan apa apa nasihat,
Tapi jangan kau salah paham dengan pelawaan ini.
Aku hanya sekadar bantu kerana sayang pada kau sebagai kawan.
Dan jangan kau memaksa aku untuk menyintai kau.
Cukup kita sekadar teman biasa.
Hati dah tertutup menerima kau.
Diri aku tak mahu lagi di maki, disakiti oleh kau.
Cukup aku masih boleh dan mampu menerima kau sebagai kawan.

Wednesday, September 30, 2009

Lempeng vs Badak berendam

Im listening Hits.fm capsule right now. There was Rudy and Jay Jay talking about Lempeng! Hrmm yummy yummy.. I dont know either Rudy or Jay Jay who dont know what "lempeng" actually is. Aiyoh brother, sudah berapa lama duduk Malaysia?.. hehe. Dont mad at me ah. I can made one for if you one. haha. My mom really good in cooking "lemping" you know. Senang pon, budak sekolah rendah pon geti buat la. huhu.

Then, sorang wanita/gadis (unknown) talk about another foody which is "Badak berendam". Then, (still) either Rudy or Jay Jay said, "Oh, Bathing Hipopotamus" then the other guy said, "no lah! Soaping Hipopotamus" Hahaha! They make me laugh once again! :D Kelakar plus mengarut la mereka mereka ni.

U know what, you guys memang Funny you know! Dulu waktu sekolah, on the way to school i akan dengar Hits.fm morning Crew (semestinya) then you guys will say "GOTCHA"! Seronok eh kenakan orang!

Hope, you guys akan sentiasa menceriakan waktu pagi kami (pendengar) dengan kelakar korang tu ok.

:)

Monday, September 28, 2009

terima kasih Ayah!

Ayah,
Terima kasih belikan broadband ni untuk ku.
Terima kasih sebab sanggup pergi sana sini cari broadband.
Sedangkan waktu tu ayah tak sihat, asik batuk je.

InsyaAllah,
Anakmu ini akan belajar dengan rajin.
Dan semester ini,
Akan ku cuba mendapatkan DL.

Aku sebak bila ayah kata,

Aku: terima kasih ayah, belikan broadband ni.
Ayah: (ayah cuba mengelak buat buat tak dengar)
Aku: ayah, terima kasih!
Ayah: ye2, sama sama. Dah ada broadband ni belajar rajin rajin ok.
(ayah peluk aku sambil kami berjalan)
Aku: ok, InsyaAllah. Ayah doa2kanlah.
Ayah: ok, ayah selalu doakan anak anak ayah.

Mungkin perbualan ni macam biasa jekan, tapi tak tahulah kenapa bagi aku ia sungguh mencuit hati dan perasaan aku. (ceh, ayat jambu la minah ni. haha!)

Sejak usia dah meningkat ni, aku tak boleh tengok ayah belanjakan duit yang banyak untuk aku. Tak tahulah sebab ape. Hormon kot. Hahaha! Macam broadband ni je, ayah dah abiskan rm300 termasuk duit raya lagi ayah bagi rm200, shopping raya dah rm100. Ibu kata, kau kaya raya tahun ni. hehe..

Mungkin aku jadi macam ni bila ibu pernah ceritakan yang ayah perlu bayar macam macam bil. Bil itulah, bil inilah. Ayah pulak sekarang kerja sendiri, kerja yang perlu menggunakan kudrat tulang empat keratnya. Usia ayah dah semakin meningkat membuatkan aku bertambah rasa hrmmm tak tahula macam mana nak explain.

Ayah ni ada satu habit. Dia cepat kesian dan tak boleh tengok anak anak dia mengadu sesuatu. Macam broadband ni, aku pernah mintak sekali je (agaknya la,hehe) itupon dalam keadaan yang main main. Aku hanya mintak (beriya) dekat akak je untuk belikan aku broadband ni. Tapi tahu tahu ayah yang nak belikan. Aku tak kisah kalau tak ada broadband ni tapi ayah tetap berkeras nak belikan. Alasannya, biar aku senang cari information untuk assigment nanti.

Buat ayah, terima kasih atas segalanya.
Akan ku balas jasamu.
Love you Ayah.
You are the only one my super duper HERO!

Kawan dan baju

Last Saturday my friend (Shikin) since i was hingusan lagi was came to my house for hari raya, for sure. Wau! She gorgeous now. Dah pandai bergaya, good on you. Seronok dapat jumpe member lama dan pasti lama kami berborak. Cerita pasal zaman kecik kecik dulu, sekarang dan in future nanti. hahaha.

And before dia balik, aku bagikan dia hadiah baju and bangle sebagai tanda kenangan. Lepas ni semua akan busy dengan hal masing masing. Tambah tambah lagi on next month (insyallah), she will fly at Australia for study. So hope you like eh cik shikin.

This is the baju yang aku bagi kat Shikin
My favorite one!
Sempat jugak amik gambar sebagai kenangan.
hehe.

Take a good care of it ok. hehe.

Sunday, September 27, 2009

Kembali ke kandang

Hari ni hari Ahad.
Esok hari Isnin.
Dah start kelas dah.
Kembali pulang ke kandang.

Mula berperang mata, minda dan tenaga untuk menimba ilmu dan menggunakan kudrat untuk menyiapkan assigment dan berjalankaki menuju ke kelas yang jauh. Betul laa jauh tau! Asik naik tangga je, macam naik tangga batu cave! haha.

Tapi itu lumrah, sebagai student itulah yang harus dihadapi.
Untuk semester ni, aku harus work hard mendapat DL (insyallah)...

-END-

Thursday, September 24, 2009

To temuk


Woit!
Aku rindu sama kamu,
Temukku!!

Rindu nak gelak sama sama
Rindu nak gosip sama sama
Rindu nak shopping sama sama
Rindu nak makan meggi sama sama
Rindu nak tepuk tampar sama sama
Rindu rindu rindu.

Hope, Temuk ok disana, (china)
Jangan lupakan ku disini ya!

Monday, September 21, 2009

raya hari ini and birhtday

Hari ini seawal pukul 9 pagi aku menyedarkan diri dalam keterpaksaan. Cewah, ayaat! Terpaksa bangun sebelum kedengaran suara garang mengaum!! hahaha. Paham paham je la sape tu. Muka pagi tadi masyallah, sembab. (salah sendiri tidur lambat, 3jam je)

Seawal 10pagi our journey begins...
Hari ni plan, aku sefamily dengan mak uda's famly plus dua orang anak cendawan ikot konvoi gi beraya umah sedara. Adala dalam 3 buah rumah. Dan dengan sengalnya aku boleh bantai pakai seluar dan kemeja. Mengongkan? Hari raya kedua u still should wearing baju kurung la wei! Hrmm mungkin bangun dan mandi dengan agak tergesa gesa dan last minit siap, ni lah padahnya.

Rumah yang first kami singgah untuk beraya adalah rumah makcik Gayah. My mom's side. Hrmm, dah kate bangun seawal pagi dan last minit untuk siapkan?! Sooo,, for sure ingat nak makan je, perut ni tongnya belum di isi. Hehehe.. Disebabkan lapar, masuk je dalam rumah dah jenguk sana sini. Mana la tau kot kot dah ada terhidang foody. Hehe. Aku ni bab bab makan no1. Dan Alhamdulillah, langkah kanan kami pagi tadi. Kebetulan makcik Gayah tu tengah on the way masak LAKSA. Perghh, cantekla tu. Konyang den! Hahaha. Ada satu situasi yang berlaku tatkala aku tengah syok dengar makcik Gayah ni berborak. Time die tengah borak tu, ada 1 word yang die sebut buatkan aku ketawa riang dengan Mashaniza(cousin).

Aku: Wei new word for today is... Gamen a.k.a government!
Haniza: hahahahahahahahahaha..

Kami ketawa kesukaan. Tambah tambah lagi dengan slang makcik tu sendiri. Makcik tu cuba untuk menyebut ayat government but maksik tu tersebut Gamen plak. huhu. Maaf makcik, kami tergelak time tuh. Tak dapat nak tahan!!

Pastu gi umah mak lang. Maklang aku ni memang yang terbaik bab bab masak ni. Sama macam ibuku jugak. Maklang, your sambal sotong is the best la!! Aku leh menghabiskan masa duduk kat meja makan sampai ada la cecah setengah jam. Menikmati saat saat makan sotong tu. (cik liena jangan jelesh kami makan sedap sedap). Sambil sesi bergosip dengan makcik makcik aku lagi. huhu..


Pastu aku balik kampung. Dengar macam jauh an! Takde makna sume tu. Hrmm tak sempat ketiak berpeluh dah sampai dah. Hahaha. Memang la an, kete ber air-cond. Setelah mencekik di kampung, pergi pulak ke rumah makcik normah and atok saudara. Pendek kata, semua rumah aku singgah semua aku mencekik! Huhu. Eventhough time tu perut memang dah full and muncit sikit. Tapi Bak kata panjang, sekali sekala raya baik hang bedal. Pasni susah nak jumpa foody ni dah. Hihihi.

Setelah pulang ke rumah, aku terus menuju ke bilik dan baring tergolek dog, bak kata ibu. And malam ni tepat pukul 12 laungan HAPPY BIRTHDAY akan dinyayikan untuk my big brother! HAppy birthday abang. Muah muah! Hope u get what u dream in your life. And get married cepat cepat! Adik kamu ni dah tak sabar nak merasa ada anak buah. Hihi. Anty2! haha..

-end-


Friday, September 18, 2009

Baju baru, raya pon baru

Raya tahun ni berlainan dengan raya tahun tahun yang lepas. Sebab ape? sebab tiada lagi orang yang bergelar "sayang" yang akan menyambut raya bersama aku tahun ni. Tahun ni, kegembiraan menyambut raya hanya bersama family, saudara dan rakan-rakan. Mujur (bak kata datin,member aku), ada mereka dalam hidup aku. Orang kata, jangan bersedih sebab mungkin ada hikmah disebalik kejadian ni dan mungkin ada yang lebih baik Tuhan akan berikan pada kita.

Tapi,, hati sedih tiap kali dengar lagu "Pulanglah" nyanyian Aisyah. Memang ada kaitan lagu tu dengan aku. Cuma, aku tidak mengharapkan dia pulang pada aku. Cukup sekadar dia bahagia dengan hidupnya sekarang. Tambah tambah lagi dia dah ada orang baru yang boleh bagi dia happy dari aku.

Masa perjalanan pulang ke rumah dari kampus, handfon vibrate dan tertera nama dia. Hati 50-50 sama ada nak angkat atau tak. (hati sakit masih terasa). Tapi disebabkan hari raya bakal menjelma dan perasaan rindu aku jawab panggilan dia. Perbualan seperti biasa- bertanya khabar, keadaan sekarang bagaimana, kerja macam mana, pasal raya dan macam macam la.

Dan yang pasti, perkara yang paling aku bersyukur sekarang dia dah pon berjumpa dengan ibu kandung dia. Orang nilah yang aku kata boleh bagi dia happy sekarang. Alhamdulillah, doa yang aku pinta selama ni dimakbulkan Tuhan. Dari percakapannya, terdengar dan dapat dirasakan hidup dia sekarang lebih bermakna. Bermakna dengan adanya dia disamping ibu tersayang. Tambah tambah lagi raya dah nak dekat, mesti dia lagi happy!! Hati terharu sangat bila dia ceritakan macam mana saat dia berjumpa dengan ibu dia. Aku hampir menangis dalam bas masa tu. Hati tersentuh sangat sebab dulu time kami bersama dia pernah bagitahu aku yang dia teringin sangat nak ada IBU/MAK dan satu hari dia akan cari mak dia. Time dia bagitahu tu, dia menangis dan sebab tulah aku rasa gembira sangat bila dia dah berjumpa dengan ibunya sekarang.

Aku akui memang sedih putus hubungan ni. Tapi aku lebih rela begini dan lihat dia bahagia dengan hidup dia sekarang. Buat si dia, i akan sentiasa doakan untuk u.


Thursday, September 17, 2009

Raya datang lagi!

Hooorey!
home sweet home!

Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri ;)
Maaf Zahir dan Batin.

Sunday, September 13, 2009

Sabtu

Hari ini hari Sabtu.
Aku date dengan akak kat time square.
Beli lagi kasut.
(akak belanja takpe la) hehe..
Malam pulak gi menonton movie.
(patotnya gi beribadat aku gi sukasuki lak, kata ibu) hihi..
Nak wat cane, kat segamat takde movie ibu.
Di wayang aku tengok cite UP.
Memang besh sangat cite ni!
Funny, cute and touching.


*dah lama tak update, ketandusan idea!

Sunday, August 30, 2009

Pasal baju raya

Orang semua dok sibuk tempah baju sana sini.
Last minit pon ada yang terhegeh hegeh baru nak tempah.
Sampai naik pening dan botak kepala si tailor. (mana kau tau?)
Sama la dengan aku.

Tapi,,
Aku tidak memeningkan kepala si tailor untuk tahun ni. hehe.
Aku hanya tempah di kedai. (baju dah siap je)
Mak kata, beli yang dah siap je senang.
Kalau tempah harga lebih kurang jugak. (save bajet)

So, kak yan tahun ni kamu tak perlu pening pening.
Tak perlu pening dengan kerenah aku untuk menjahit baju raya ku. haha!
(aku sememangnya a bit cerewet bab bab pakaian ni)
Usually, tiap kali try baju yang dah siap aku mesti akan ada komen sikit.
Itu la ini la yang tak kena.
Dan pastu muka dia mesti a bit berubah sedikit. huhu.
Maaf ye kak yan. Tak salah an.
Customer is oweys right :)

kak yan- akak tailor yang family aku selalu hantar untuk tempahan baju raya

Baju raya juga sinonim dengan tema.
"baju raya nak warna apa tahun ni?"-
Ayat yang selalu diperkatakan oleh kaum ibu dan anak anak perempuan.

Tema kami se-family untuk tahun ni mungkin warna pelangi.
Belasah jelah, kata mak!
Tak pelah asalkan berbaju kata mak dan ayah aku. (betul tu!)
Jangan togel dah.

Semalam aku sudah pon sempat membeli.
Tahun ni warna oren menjadi warna bajuku.
(dah tu je corak yang cantik)
Terima kasih ayah, (pening kepalanya tika nak bayar) huhu.

Sekarang tinggal a few things yang aku nak shopping.
Seperti kasut, accessories, skinny jeans and beg maybe dan lain lain.
Nampak macam banyak kan?
Sememangnya aku kaki shopping.
Duit ptptn aku banyak dihabiskan untuk bershopping.
(shhh mak ayah tak tahu ni) hihi..
Tapi semuanya tak mahal pon.
Mostly aku shopping di times square.
(do come here, murah murah babe)

So, cukup sampai sini.
Harap ramadhan dan raya tahun ni lebih bermakna buat diriku.
Makna yang membawa kepada kebaikan.


Saturday, August 29, 2009

im confuse!

Am' i really ready for berhijab now?
The answer is,
Sometime yes and sometime no.

Ya Allah, please guide me.

kata hati:
Hati terbuka mahu memakai mahkota itu tapi kadang kadang aku rasa masih belum bersedia untuk menyarungkannya. Aku masih mahu rasa berpakaian itu dan ini. (terukkah aku?)

Friday, August 28, 2009

terima realiti

Kadang kadang aku tak paham dengan perangai kau.
Apa yang aku lakukan ada saja yang tak kena.
itu tak kena lah, ini tak kena lah.
Sedangkan apa yang kau buat,
aku hanya sekadar melihat dan menegur jika salah.
tidak sesekali mengongkong kehidupan dan
keinginan remaja kau.
Aku juga seperti manusia lain.
Aku juga seperti remaja lain.
yang punya keinginan dalam hidup.
keinginan untuk lakukan apa yang aku mahu lakukan.
ingin BEBAS.

benar, marah itu tandanya sayang.
tandanya kau benar benar sayangkan aku.
tapi perlukah kamu marahkan aku
setiap kali apa yang aku lakukan?
setiap kali apa yang aku mahukan?
setiap kali apa yang aku cuba katakan luahkan?

tahukah kau,,
setiap kali aku bersama kau
aku tidak jadi seperti diri aku yang sebenar.
aku kawal diri untuk jaga hatimu.
tapi,, sampai bila?
sampai bila hanya aku saja yang perlu jaga hati kau tu.
aku juga mahu jadi seperti kau,
bebas saja dalam perbuatan,
bebas saja dalam perbualan.
lakukan apa yang mahu dilakukan,,

tapi aku?
aku bukan tunggul,
aku bukan kayu,
aku bukan anak patung,
yang perlu selalu saja mengikut telunjuk mu!

kau selalu merungut.
kau tension la,
kau marah la,
kau benci la,
tiap kali kita bergaduh.
Tahu tak, aku juga rasa begitu.
(cuma aku simpan dalam hati)
Bertahun aku tahan dan simpan perasaan tu.
Kau selalu menyebut perkataan "PUTUS"
tiap kali kita bergaduh.
Sekarang, kita dah putus!
Tapi kenapa kau perlu "gila talak"

Sayang,,
aku rela putus dengan kau
kerana aku sayangkan kau.
Aku tak mahu lagi jadi orang yang
sentiasa buat kau marah, tension dan kecewa.

Sayang,,
aku rela putus dengan kau
bukan kerana hatiku sudah punya yang lain.
tidak sama sekali.

Sayang,,
aku rela putus dengan kau
kerana aku mahu kau dapatkan yang terbaik.
Yang boleh mendengar kata kau.

Maaf, aku tak dapat jadi teman mu yang baik. Aku juga punya keinginan. Terimalah realiti, kita tak boleh bersama lagi. Aku sayangkan kau, tapi dirimu yang sukar berubah buatkan hati aku semakin tawar, tawar untuk menyayangi mu. Semoga Allah melindungi mu dan berikan Petunjuk-Nya.




Sunday, August 23, 2009

Ramadhan

Seronok rasanya dapat perpuasa di rumah, kediaman ku sendiri. Ada ayah, ibu, kakak dan abang abang. Lauk pauk pulak tak payah cakap la, maaacam macam! Yang bestnya sebab masakan ibu. Memang terbaek dari ladang! haha. Terima kasih ibu, masakkan lauk feveretku, sambal sotong!
Tapiii..

Hari ni, hari Ahad 23.08.09. Aku dah masuk kandang balik (Uitm). Tak pelah, walaupun sehari je dapat berpuasa sama sama dengan family, aku bersyukur. Syukur sebab:
1. dapat bersahur, berpuasa dan berbuka dengan mereka
2. bersembahyang jemaah dengan mereka
3. dan bergembira dengan mereka

Pada yang lain (bloggers),,
Selamat Menyambut Hari Ramadhan.
Selamat bersahur.
Selamat berbuka puasa.
Selamat menjalani ibadah.
Selamat melakukan terawih.

Selamat, selamat, selamat...

Thursday, August 20, 2009

Letih

Hari: Rabu (Khamis)
Masa: 4.18 am
Sebab: Assignment :(

Baru saja lepas menghabiskan assignment yang aku baru tahu pukul 1o lebih tadi. Sedangkan due date nye esok! sengal betul la aku ni. Be alert CHOCO!!

OK, penat mau tidur (kematu muntut gue). Nasib baik kelas pukul 1o esok.
Nite, ZzzZzzzz....

Wednesday, August 19, 2009

Malu lagi

Dulu entry aku pernah cite aku malu sebab baju ketiak aku koyak. Dan kali ni lain pulak.
Hari, 17 Ogos 09..
Waktu tengah hari, pukul 2..


Aku dah siap cantik cantik wangi wangi (perasan la ko) nak pergi ke kelas. Dengan muka dan badan yang agak letih sebab pose aku gagahkan jugak gi ke kelas. Tengah dok jalan sambil borak bergosip dengan member, tiba tiba "tup" aku rasa longgar kat kaki. Muka aku terus jadi merah (malu), dah tahu apa yang terjadi ni. Terus jerit perlahan, "Sipar aku putus!" bongek betul! Penat penat control cun nyah. Bila sipar dah tercabut aku terus stuck kt tepi jalan dan diri sambil buat muka dono, muka tak bersalah (malu padahal). Dah la waktu tu time kemuncak orang pergi kelas! Adeeh.. Nasib baik la hari Isnin, so kain baju kurung labuh tutup sikit kla aki aku yang tercabut sipar ni!

Tapi, syukur la. Nasib baik member aku sorang ni sanggup patah balik gi kolej tolong amikkan aku nye sipar yang lain. Nasib baik jugak dekat dengan kolej lagi. Tq ML! Aku pon tunggu la tengah tengah panas tu dengan member aku sorang lagi ni. MAAF buat kau kena tunggu aku tengah panas. Tengah dok menunggu tu, dan dan pulak ramai gak orang yang aku kenal lalu situ. Sume duk menegur tanye nape tercegat kat tepi jalan tu. Aku senyum jela sebab tengah control cover kaki (hehe), member aku yang tolong jawabkan. Terima kasih ye tauke! Mana yang tak kenal tu dok pandang pandang, apsal tau la kaki aku cantek! (perasan lagi minah ni)


Inilah sipar nye, telah dibulatkan.. hehe


Dari jauh aku nampak ML terkedek kedek bawak plastik sambil lambai tangan kat aku. Yeah, here my Hero! Here my sipar! Cepat cepat tukar sipar (sambil pandang kiri kanan) dan teruskan niat pergi ke kelas sambil tergelak gelak macam orang gile.

Dan hari ni, Selasa, waktu gi kelas malam sipar ML plak tercabut! hahaha. Lantak ketawa kitorang. Dah kena badi aku! Tapi maaf, sebab dah jauh dari kolej. Tak dapat cek nak tolong. Tapi aku tahu sipar kamu tu masih boleh untuk digunakan untuk berjalan waktu tu. Siap boleh singgah masjid lagi tau after kelas. huhu..


p/s: pada ML dan Tauke terima kasih ye, jasa mu dikenang!

Saturday, August 15, 2009

nasib baik!

Assalamualaikum (maaf mengganggu)
Perhatian kepada semua warga Kolej.
Disini terdapat satu pengumuman.
Semua pelajar diminta untuk mengosongkan kolej pada hari ini juga!
Kampus Uitm segamat telah di extendkan.
Semua pelajar harus mengosongkan kolej selewat lewatnya pada hari esok.
Harap maklum!

fuhhh!! Jangan buat andaian dulu! pengumuman ni aku yang buat. bukan arahan pengarah. dan yang penting alhamdulillah tiada pengumuman yang berbunyi begitu berlaku pada mana mana kolej pon hari ni. sebenarnya ramai gak pelajar yang tertunggu tunggu keputusan hari ni. sebab, hari ini ialah keputusan sama ada kampus segamat ini di extendkan atau pun tidak. dan so far, alhamdulillah takde pon! syukur laa. lagi 2bulan je kat sini pastu dh exam. just imagine la kalau di extendkan. tak ke naya namanye tuh! ok tu je nak cakap. hehe

movie

this movie
' p/s: I LOVE YOU '
make me cry!

p/s: do watch it.

Friday, August 14, 2009

to sis ana rihan

hai madu!
rajin sebab itu yang terlintas kat kepala ni nak tulis.
plus, akak bilik ni ada that "berokband" so pinjam la. (haha)
ok, kalau kita tak tahu pape kita akan roger kak aifa nye untuk minta pertolongan. (huhu)
(dia tahu blog kita eh?)

rindu kat korang!
nape tak datang aritu:(
ape laaa.
kitorang tertunggu madu n kak aifa dtg.


p/s: dari aritu kita tak boleh nak masuk tgk blog madu, nape ek? tolong bagi nama blog please. ni je cara kita leh connect dgn madu by post entry:(

Thursday, August 13, 2009

pening

-pening kepala buat assignment-

Wednesday, August 12, 2009

saya rindu

.saya rindu family saya.
.saya rindu kakak saya.
.saya rindu katil saya.
.saya rindu bantal busuk saya.
.saya rindu teddy bear besar saya.
.saya rindu astro saya.
.saya rindu masakan ibu saya.
.saya rindu time square.
.saya rindu wayang.
.saya rindu nak karaoke.


inilah benda yang saya gemari lakukan!

Tuesday, August 11, 2009

Jangan hisap lah!

Waktu: Malam
Tempat: dalam bilik

Wei, tolong la jangan kacau kacau aku. tolong la jangan jadikan darah aku ni sebagai hidangan makan malam mu. sudah cukup banyak kamu menggeget dan menghisap sampai bengkak bengkil tangan ku ni. gatal tahu tak, gataaaaaaal!! Aku juga memerlukan darah untuk hidup tahu tak. Aiyooh..


p/s: wahai en.nyamuk, carilah mangsa yang lain. yang darah nya lebih sedap dari darah ku. rimasla!

Monday, August 10, 2009

tolonglah JANGAN!

banyak rumors mengatakan UITM akan di tutup!
maksudnya, akan diextend!
TIDAK!!! TIDAK!! (menjerit bagai nak gila)
tapi tak tahulah sama ada kampus aku je atau semua kampus akan ditutup.
apa apa pun aku tak mahu di extend!
tidak mahu!
tolonglah.. tolonglah wahai pengarah ku yang baik hati.
tolong mempertahankan hak ini agar Uitm tidak ditutup atau di extend!
bukan saya je yang tak nak tapi ramai jugak student student lain.
kami tidak mahu habis lambat.

=( =( =(

puasa oh puasa!

Hari ini hari Isnin. Aku berpuasa bersama rakan rakan. Ada yang ganti puasa ehem-ehem dan ada jugak yang puasa sunat. Hehe.. Lauk yang kami makan hari ni:
  • nasi pataya
  • bihun goreng + telur mata
  • nasi goreng cili padi
  • dan air sedap- sunquick, milo dan neslo
Time tengah "sapedek" buka puasa beramai ramai mulalah, macam macam cerita yang kuar. Topik hangat kami pada hari ini ialah pasal IKAN. entah kenapa la ikan boleh jadi topik perbualan kami. huhu.. Ada kawan aku sorang ni cakap yang dia tak makan ikan pari sebab ikan tu mengalami menstrual seperti kaum hawa juga. Pada yang tidak tahu maksud disini ialah ikan pari juga mengalami "period" seperti kaum hawa. Hah! betul ke? geli plak aku nak makan. feveret tuh. tapi tak pernah pulak aku dengar. dan yang paling hangat perbualan kami, tengah tengah sibuk bercerita tu ada la sorang senior aku ni menyampuk. macam ni perbualan dia...

Si akak senior:
"dulu kawan akak ada tanya satu soalan ni. Kalau air nescafe+milo=neslo tapi macam mana pula kalau air kopi+teh=?? (adakah anda tahu jawapannya) kami terdiam dan pastu gelak bagai nak gila. Kahkahkah! masing masing dah paham ni dan aku pon dengan selambernya jawab la air 'koteh' la. haha!"

memang sengal sungguh soalan tu! lepas tu mula la kami bertimban timbun cerita pasal anggota yang lain plak. tak tahu ke, padahal puasa ni! ish ish kami ni. mengong tol la. haha.

*maaf entry ini agak lucah sikit bagi sape sape yang rasa begitu.haha=P

Sunday, August 9, 2009

Sebab babi atau orang?

H1n1. wabak yang semakin hangat diperkatakan. semua orang salahkan babi sebab dah nama pon selesema babi kan. tapi semalam aku dapat info dari akak bilik. dia kata ini sume adalah keje manusia yang mencipta virus dan menyalahkan babi pulak. menurut senior aku, kat mexico tidak ada kandang babi pon (tak pasti pulak aku). Orang mexico yang mencipta virus ni untuk mendapatkan duit hasil daripada jual vaksin yang negara lain akan beli untuk keselamatan. mereka mencipta untuk dapatkan duit kerana negara diorang semakin muflis. Adakah ia benar? adakah ia buatan manusia atau babi? hah, yang ni kita tak tahu ni! kalau betul la ni kerja orang mexico yang buat, aku harap tuhan balas la balik kat orang yang berkenan. tak patut sungguh! kalau negara engko nk bankrap pon jangan la susahkan orang sampai melibatkan kematian. nyawa wooo! tak boleh buat main.

tapi pape pon saya hanya menulis dan mendengar. tak tahulah sejauh mana kebenarannya. yang penting sekarang berjaga jagalah dengan wabak h1n1 ni.

*pada arwah student uitm segamat yang telah meniggal dunia akibat penyakit ini, semoga roh mu dicucuri rahmat. Al-fatihah...

Friday, August 7, 2009

Encik Penceramah

Diri rasa malas mahu menuju ke masjid mendengar ceramah hari ini(masyallah aku ni). Tapi dengan semangat COP KOLEJ aku kuatkan diri jugak (ish2!). Sesampai di masjid, rasa tenang tambah tambah lagi keadaan masjid yang dah sejuk sekarang ni. Sesudah solat isyak, ceramah dimulakan. Mulut mulalah jadi nakal, terbukak sana terbukak sini.
Potpet potpet menguap! , Menguap menguap potpet!

Tapi aku jadi hairan dengan diri sendiri. Starting je ceramah, ngantuk takdak, menguap pon takdak. Encik penceramah, kamu memang terbaik. Asik gelak je bila Encik penceramah tu bercerita. Tambah tambah lagi dengan loghat kedah dia tu. Segala ceramah yang dia berikan membuat aku berfikir. Memang tak rugi aku pergi masjid as-syakirin hari ni. Terima kasih diucapkan!


*yeah, esok tambah lagi satu cop. hehe..

Wednesday, August 5, 2009

Hellow bloggy!

Hai bloggy=)
How are you?
Sehat tak?
Amacam, banyak dapat story?
Ada orang komen kamu tak?

hahaha...
Kesengalan berlaku bila dah lama tak online bloggy ni.
Keadaan sekarang ni susah untuk ber-online di kampus memandangkan takde broadband.
Wireless plak mcm sengal je.

Friday, July 24, 2009

I'm a funny brat with a sexy smile who ate a bowl of cereal because I love marijuana.

First, add "I'm a/an" on your title, then add the rest of the answers on as
you do the questions.
Tag 10 people tag the person who tagged you.

What color/kind of socks are you wearing?
[ ] Red = loud
[ ] Green = stupid
[ ] None = freaky
[ ] Fuzzy = gorgeous
[ ] Yellow = innocent
[ ] Purple = a little too happy
[ ] Black = emo
[x] Stripes = funny
[ ] Gray = skanky
[ ] Pink = preppy
[ ] Light blue = sweaty
[ ] Other = hot
[ ] White = sexy

What kind of pants are you wearing?
[ ]Shorts = cutie
[ ]Skirt/skort = skank
[ ]Corduroy = faggot homosexual
[ ]Tight jeans = scene kid
[ ]Ripped jeans = emo
[ ]Cammo = cage fighter
[ ]Jeans = prep
[ ]Pajamas = pimp
[ ]Cargo = clown
[ ]Sweats = athlete
[x]Boxers = brat
[ ]Booty shorts = female
[ ]Capris = Gangster
[ ]Nothing = hoe
[ ]Dickies = weirdo
[ ]Bikini bottoms = tiki girl
[ ]Other = sex addict

What is your natural hair color?
[ ]Auburn = that every one wants to make out with
[ ]Blonde = with a broken heart
[x]Black = with a sexy smile
[ ]Dark brown = with a hot boyfriend/girlfriend
[ ]Red = that likes to have fun
[ ]Brown = who loves to be different
[ ]Dirty blonde= with a nice ass
[ ]Bald = with herpes

Pick the month you were born on:
[x]1 = who ate
[ ]2 = who needed
[ ]3 = who killed
[ ]4 = who shot
[ ]5 = who killed
[ ]6 = who smoked with
[ ]7 = who banged
[ ]8 = who ran shirtless with
[ ]9 = who got stabbed horribly by
[ ]10 = who cuddled with
[ ]11 = who slept with
[ ]12 = who ran naked with

Pick the day you were born on:
[ ]01 = the kool-aid man
[ ]02 = a dog
[ ]03 = a shoe
[ ]04 = a toothbrush
[ ]05 = Santa Claus
[ ]06 = The Trojan man
[ ]07 = my ex-es
[ ]08 = a prostitute
[ ]09 = a porn star
[ ]10 = a bag of weed
[ ]11 = my lover
[ ]12 = a glass of milk
[ ]13 = a horse
[ ]14 = a lesbian
[ ]15 = a stripper
[ ]16 = a pickle
[ ]17 = a jew
[ ]18 = a homo
[ ]19 = an orange
[ ]20 = my mom
[ ]21 = a homeless guy
[ ]22 = a whore
[ ]23 = my crush
[ ]24 = an easter egg
[ ]25 = a jar of honey
[ ]26 = a condom
[x]27 = a bowl of cereal
[ ]28 = a french fry
[ ]29 = your dealer
[ ]30 = Paris Hilton
[ ]31 = your grandma

Pick the color of the shirt you are wearing
[x]White = because I love marijuana
[ ]Black = because I'm sexy as hell
[ ]Pink = Because the lil people told me to
[ ]Blue = because I have AMAZING boobs
[ ]Red = because I'm a pimp and your jealous
[ ]Polka Dots = because I hate my life
[ ]Purple = because I'm gay
[ ]Gray = because I got dared
[ ]Other = because that's how I roll
[ ]Green = because I'm good in bed
[ ]Orange = because I smoke crack
[ ]Turquoise = because I have a noodle in my nose
[ ]Brown = because I had to
[ ]Shirtless = because I've got abs

RESULT: I'm a funny brat with a sexy smile who ate a bowl of cereal because I love marijuana.
Do this people!
Im "tag"ging u..

Sunday, July 19, 2009

Betul ke?!

Rakan rakan dan rumors ada mengatakan yang cerita
"Harry Potter and The Half Blood Prince"
Ni membosankan.
Adakah betul?!
(Terasa pelik cerita ni tak best)






Hellow Foody!!

Hanya 4 sebab saya selalu singgah ke tempat tempat ini:



1. Hang out dengan my lovely sister
2. Lepak dengan member member
3. Celebrate family birthday
4. Mengidam nak makan this precious thing



Tempat yang selalu menjadi rumah kedua ku untuk makan.











Donut donut ini yang telah mengorat aku untuk makan. Hehe..






Selalu mamam ni after or before movie at klcc.
"Im the Burger Queen" Hahaha..





Pizza Hut, tempat yang selalu kami sefamily celebrate birthday.
Love the chicken wings and mushroom soup!





Yellow Cab pizza, memang sedap! Tapi selalu menjadi tempat persinggahan bila dah cukup bulan. Expensive pizza to me.

Saturday, July 18, 2009

Maaf rakan

Untuk semester ni aku segroup dengan orang lain for group assigment. Pada mulanya, memang berat hati untuk berpecah kerana dah biasa bersama dan tidak mahu mengecikkan hati rakan rakan. "Kerja last minit" , perkara biasa bagi aku dan juga golongan student. Tapi tidaklah sampai esok due date baru lah nak buat. Banyak kali dah terkena. Kadang kadang aku terasa seperti beriya sangat nak buat keje sedangkan korang masih anggap kerja tu masih lambat lagi nak kena hantar. Maaf! Untuk semester ini aku terpaksa buat begini bukan kerana pentingkan diri tapi untuk kepentingan masa depan aku. Aku tahu, kadang kala angkau sering memperli dan buat muka pada aku. Tak apelah, aku hanya sabar dan yang penting aku dah minta maaf awal awal.

*Pada siapa yang membaca, adakah perbuatan aku ni kejam??

Maaf Rakan,
Kerana tidak segroup dengan korang semester ini.
Maaf rakan,
Jika aku buat kamu kecik ati.
Maaf rakan,
Aku terpaksa begini.
Maaf, maaf, dan maaf...