Thursday, June 25, 2009

Masih ingat Mr.HH

Keadaan sekarang...
Masa: 9.35 am
Tempat: Di kediaman ibubapa ku
Keadaan: Baru saja bangun dari tidur dan terus hidupkan computer


Kenapa?
Kenapa aku masih teringatkan dia.
Sedangkan aku yang tinggalkan dia.
Sedangkan aku yang pikir ia sekadar cinta monyet.
Tapi kenapa ianya sehingga setahun.
Aku sentiasa pikir yang kamu hanya ambil ringan tentang kita,
Tambah tambah lagi sejak kamu pergi ke asrama.
Pada usia semuda itu aku memang tak boleh berjauhan dengan kamu.
Masa tu aku selalu ingat yang kamu ada gf lain di sana,
Walaupun kamu sering menelefon aku.
Tapi kenapa,
Kenapa masa tu kamu terlalu malu terhadap aku.
Sebab masa tu usia masih muda ke?
Kenapa kamu tak bersikap seperti bila bersama dengan teman baru mu sekarang?
Sesungguhnya aku cemburu!!
Tapi kenapa,
Kenapa kau kembali semula pulang ke tempat asal mu dan bersekolah sama dengan ku?
Sudah ku cuba untuk lupakan kamu dalam masa 2 tahun ini.
Tiba tiba kamu muncul terpacak di hadapan aku,
Waktu rehat di sekolah sambil tersenyum.
Aku terkejut dengan kehadiran mu,
Hati terasa berdebar debar lajunya!
Aku rasa seperti mahu memeluk dan mohon maaf dengan kamu,
Di atas kesalahan yang aku lakukan terhadap kamu.
Sehingga sekarang aku masih rasa bersalah,
Dan tidak berpeluang untuk menerangkan hal sebenar.


Sekarang aku punya teman baru.
Kami dah lama bertahun tahun.
Tapi aku tak bahagia dengan dia.
Sikap dan tingkah lakunya tidak seperti kamu.
Mungkin ini balasan yang ku terima.


Tapiiii,
Tidak tahu kenapa,
Sudah 3 hari berturut turut tidur bermimpikan kamu.
Terfikirkan kamu.
Adakah kamu juga begitu?
Adakah kamu masih ada terfikirkan aku?
Adakah kamu masih ada rasa sayang pada ku?
Walaupun secebis.


Adakah ini dikatakan FIRST LOVE??!
Sedangkan waktu tu usia kami masih muda.

Masih banyak ingin ku tulis untuk entry ni.
Tapi alangkah bagusnya jika ku dapat berjumpa dan bercakap dengan mu sendiri.

Pada Mr.HH,
Diri ini rindukan mu, rindukan waktu dulu.
Diri ini juga mohon maaf di atas segala kesalahan.


AKU MASIH RASA SAYANG TERHADAP KAMU...

Monday, June 22, 2009

Buntu

Aku buntu...
Dah tak tahu mahu menulis apa...

Lebih suka menyendiri di bilik...

Sunday, June 7, 2009

Aku dahagakan … seseorang

Aku dahagakan KASIH SAYANG seseorang
Aku dahagakan CINTA seseorang
Aku dahagakan GELAK TAWA seseorang
Aku dahagakan SENTUHAN seseorang
Aku dahagakan BELAIAN seseorang
Aku dahagakan KEMESRAAN seseorang
Aku dahagakan KEFAHAMAN seseorang
Aku dahagakan RINDU seseorang

Datanglah, Dia dalam hidup ku,
Sinari dan warnai dunia gelapku,
Agar dapatku rasai nikmatnya,
Seperti orang lain jua.

Sesungguhnya, ENGKAU jauhkanlah dugaan ini,
Tidak larat diri ini untuk memikulnya.


Love, choco..

The kakak's

Dia,

Nampak ayu

Berambut panjang

Nampak kasar

Tapi lembut di dalam

Banyak bercakap

Banyak pula ceritanya

Bila ketawa

Mahupun bersin

Satu dunia mendengarnya

Minat mengarang

Juga bergosip

Di blog

Itulah, ghost..

Dia,

Bermata empat

Tebal powernya

Memakai sejak

Setahun jagung

Pipi tembam

Berambut panjang

Online shopping

Kegemarannya

Otak geliga penuh idea

DL every sem dalam akademik

Tidak suka benda

Lebih dua minit

Itulah, aifa..

Dia,

Asal jauh dari kelantan

Berambut pendek

Berhidung mancung

Di waktu malam

Baju kelawar

Menjadi pilihan

Nama gelaran seperti lebah

“maduku” disebut

Bila bersemuka

Siapa berani

Tidurlah sebelahnya

Akan terima akibatnya!

Bahaya dan dahsyat

Bunyinya

Itulah, ana..


Dia,

Berbadan comel

Sedap dipeluk

Lagak gayanya

Bak Rafidah Aziz

Lelaki feveretnya

Si Hitam manis

Asalkan umur

Lebih darinya

Resultnya gempak

Setiap semester

DL seperti di hujung jari

Itulah, mama..

Dia,

Lagak gaya

Nampak kuat

Tapi alahai !

Kurus ya amat

Rambut kerinting

Hingga di bahu

Matanya besar

Empat pasang

Gemar menyanyi

Sebelum tidur

Dodoi si Abang

Hingga tertidur

Mencuit hati ku

Yang berada

Di katil bawah

Itulah, yan..


Rindu pada mereka...

Love, choco...