Thursday, June 25, 2009

Masih ingat Mr.HH

Keadaan sekarang...
Masa: 9.35 am
Tempat: Di kediaman ibubapa ku
Keadaan: Baru saja bangun dari tidur dan terus hidupkan computer


Kenapa?
Kenapa aku masih teringatkan dia.
Sedangkan aku yang tinggalkan dia.
Sedangkan aku yang pikir ia sekadar cinta monyet.
Tapi kenapa ianya sehingga setahun.
Aku sentiasa pikir yang kamu hanya ambil ringan tentang kita,
Tambah tambah lagi sejak kamu pergi ke asrama.
Pada usia semuda itu aku memang tak boleh berjauhan dengan kamu.
Masa tu aku selalu ingat yang kamu ada gf lain di sana,
Walaupun kamu sering menelefon aku.
Tapi kenapa,
Kenapa masa tu kamu terlalu malu terhadap aku.
Sebab masa tu usia masih muda ke?
Kenapa kamu tak bersikap seperti bila bersama dengan teman baru mu sekarang?
Sesungguhnya aku cemburu!!
Tapi kenapa,
Kenapa kau kembali semula pulang ke tempat asal mu dan bersekolah sama dengan ku?
Sudah ku cuba untuk lupakan kamu dalam masa 2 tahun ini.
Tiba tiba kamu muncul terpacak di hadapan aku,
Waktu rehat di sekolah sambil tersenyum.
Aku terkejut dengan kehadiran mu,
Hati terasa berdebar debar lajunya!
Aku rasa seperti mahu memeluk dan mohon maaf dengan kamu,
Di atas kesalahan yang aku lakukan terhadap kamu.
Sehingga sekarang aku masih rasa bersalah,
Dan tidak berpeluang untuk menerangkan hal sebenar.


Sekarang aku punya teman baru.
Kami dah lama bertahun tahun.
Tapi aku tak bahagia dengan dia.
Sikap dan tingkah lakunya tidak seperti kamu.
Mungkin ini balasan yang ku terima.


Tapiiii,
Tidak tahu kenapa,
Sudah 3 hari berturut turut tidur bermimpikan kamu.
Terfikirkan kamu.
Adakah kamu juga begitu?
Adakah kamu masih ada terfikirkan aku?
Adakah kamu masih ada rasa sayang pada ku?
Walaupun secebis.


Adakah ini dikatakan FIRST LOVE??!
Sedangkan waktu tu usia kami masih muda.

Masih banyak ingin ku tulis untuk entry ni.
Tapi alangkah bagusnya jika ku dapat berjumpa dan bercakap dengan mu sendiri.

Pada Mr.HH,
Diri ini rindukan mu, rindukan waktu dulu.
Diri ini juga mohon maaf di atas segala kesalahan.


AKU MASIH RASA SAYANG TERHADAP KAMU...

0 comments: