Monday, November 9, 2009

Hujan buat saya berasa lapar.

Sejak dua menjak ni, segamat sentiasa mendung dan dibasahi oleh hujan. Sejuk? Memang sejuk! Dan selalu buat aku sentiasa rasa untuk tidur, tidur dan tidur. Pergi tandas? Jangan cakaplah. Sehari mau lah tiga empat kali pergi WIWI. hehe.. Hujan di segamat memang tak sesuai turun waktu waktu begini (waktu exam).

Badan rasa sejuk,
Otak jadi beku,
Rasa mahu tidur.
Perut pulak, lapar memanjang.
hahaha..

Hari ini aku berjaya meluangkan masa berbloggy sebentar. Memandangkan gap last paper amat jauh jadi amat sesuai untuk merehatkan tangan dari menulis. Fuh! Amat letih. Sekali exam tiga essay kena buat. Jari sakit terasa bengkak memandangkan tekan bila menulis.

Sejak dari semalam lappy menjadi bestfriend ku! haha. Online sehari suntuk sampai pukul 6pagi baru tidur. (Handphone bukan peneman sentiasa buat masa sekarang. Sekadar dibawa kehulu ke hilir tanpa berbunyi,hrmm..)

Tapi tadi, tiba tiba dapat satu sms dari my friend. Yang berbunyi seperti ini...

(Salam, aku nak minta maaf sangat sangat dekat kau. Maafkan aku sebab dah banyak kali sakitkan hati. Aku sedar mulut dan perangai aku sure buat kau rasa menyampah dan sakit hati. IM SO SORRY. Lagi satu sebab aku layan kau macam nak tak nak je dan bla bla bla bla...)

Hrmm pelik. Kenapa dia cakap macam tu. Aku ada buat salah yang aku tak sedar ke? Aku ni menyusahkan dia ke? atau aku ada terkutuk dia? Apa salah aku eh? hrmmm..

Tapi memang beberapa hari ni aku perasan yang kau berkelakukan begitu. Sentiasa jauhkan diri. Tapi aku biarkan je. Tapi kenapa? Kalau betul aku ada buat salah kat kau, just tell me the truth! Sebelum ni pon aku dah cakap, kalau ada pape yang aku buat salah just bagitahu. Tak elok simpan simpan ni. Aku akan lagi terasa.

Mungkin aku tak sempurna seperti rakan rakan kau yang lain. Yang selalu jaga hati dan perasaan kau. Sentiasa ikut apa yang kau kata. Aku ini manusia, memang dilahirkan dalam keadaan yang serba serbi tidak lengkap. Selama ni, aku layan kau baik tapi kenapa tiba tiba macam ni. Dah berapa sem kita kawan, selalu tidur sama, pergi makan sama sama. Boleh dikatakan mostly apa yang aku buat, kau pon buat, member member kita yang lain pon buat.

Kita dah lama kenal sejak dari part1. Sepatutnya, kau dah faham perangai aku dan kalau ada rasa yang tak kena just let me know. Tapi bukan dengan cara bermuka-muka macam ni. Ok, aku minta maaf kalau aku ada sakitkan hati kau. Aku memang tak boleh nak puaskan apa yang kau nak atau orang lain nak sebab aku ni manusia biasa. Tapi janganlah sampai our friendship jadi renggang dan tak macam dulu lagi.

Aku masih ingat apa yang kak aifa, kak ghost, kak ana and mama pernah pesan dulu. Jagalah friendship elok elok. Kalau ada rasa tak puas hati bagitahu cakap elok elok. Jangan sampai jadi macam diorang yang dah last sem tiba tiba gaduh dengan member baik sendiri. Kau ingat tak pesan diorang?.. Tak bestkan?..

Kita dah sama sama gelak, suka suka. Senang kata semua kita buat sama sama dengan geng geng kita. Cuma mandi dan membuang je kita sendiri sendiri. Tak sedih ke kalau tiba tiba kita nak masam masam muka macam ni? Tak seronok kan. Kita duduk satu kampus, satu kolej, satu kelas. Pusing jauh mana pon kita mesti jumpa muka masing masing jugak.

Hrmm tak pelah, aku tak nak cakap lebih sebab kau pon tak dapat tahu apa isi hati aku cakap kat dalam blog ni. Dan aku tak dapat halang apa perasaan kau, apa yang kau rasa. Tapi sekarang aku dah reply message kau and just wait and see apa yang kau cuba nak explainkan. Aku tunggu kawan...

2 comments:

cik liena said...

my advice: x perlu cerita this sort of stuff kt cni. nnti ur fren trase. this is personal. cri tmpt laen tok meluah. ;)
neway i like this song. lame x dgr!

-Choco- said...

Dear cik liena,

its ok. dia tak tahu my bloggy pon.
hehehe.

Love,choco