Thursday, January 14, 2010

Cerita cerita

Sudah seminggu lebih berada di segamat. Dan kesimpulannya, bosan bosan dan bosan. Maaf pada orang segamat. Saya cuba untuk menjadi jujur di sini. Hehe. Pada hari Selasa atau Rabu yang lepas kalau tak silap, aku keluar dengan member pergi ke pekan. Konon nak hilangkan boring lah.

Disini tiada panggung wayang ye kawan kawan. Tempat yang paling hot kat sini untuk lepak pon karoke dan bowling. So kami decide untuk main bowling memandangkan tak pernah jejak lagi ke bowling segamat. Dan bowling di sini sangat OLD SKOOL ye! atau mungkin mereka jimat elektrik. Ohye, aku gelarkan 'bowling koboi'. Yeeehaw! Kerana ia hanya menggunakan kipas. Saya ulang disini ye, k.i.p.a.s. Kami bermain dengan penuh panas dan peluh. OK, cukuplah cerita pasal cerita sedih ni. Pathetic sungguh.

Ohye, ada juga berita gembira yang terselit di sini. Hikhik, ketawa gedik. Esok saya pulang ke rumah. Yeah! Sangat excited budak ini. Mengalahkan part 1. Hihihi. Tak tahulah kenapa tapi this semester perasaan homesick tu kuat, membuak buak kat dalam diri. Tengok sampai guna ayat dramatik lagi ni. Ibu, ayah, adik beradik, kita jumpa esok ok. Ampang here i come!

Oh by the way, ada lagi berita happy. Semalam pergi latihan netball. Kan saya pernah cakap yang semester ni saya nak masuk netball. So nah, ambik kau, latihan akan diadakan setiap hari rabu petang dan malam. Aiyooh, ada sedikit kepenatan di situ. Tapi takpe, benda yang kita sukakan. So perlukan usaha yang tinggi. You go girl! Hopefully, dapatlah terpilih untuk netball ni. Pada yang baca pet(blog) saya ni, doa doakan saya berjaya ye. hehe. Time aceh!

To all ladies di Uitm segamat, setiap malam kita akan ada ladies night. Uyeahh! Tapi jangan risau yang ni halal punya without any 'disko ball'. haha. Malam untuk kita kita aje. Untuk kita sukasuki and at the same time boleh mencergaskan dan menguruskan badan. So every wednesday night come and enjoy our night together okey bebeh!

0 comments: