Tuesday, May 12, 2009

Malunya aku!!!

Waktu petang, jam pukul 5.30. Dengan gembiranya melihat cuaca yang agak bagus untuk keluar pergi berjogging. Aku pon call member-

Truuut.. Truuut.. truuut... (telefon berbunyi)

Choco: Hello..

Member aku: Oit..
Choco: Tengah buat pe?

Member aku: Tengok tv je, apsal?

Choco: Jom gi jogging kat bla..bla..bla..

Member aku: Jogging?! hrmmmm.. ok laa..

Choco: Ko drive eh,boleh?

Member aku: Ok tak de hal, tapi pukul bape mau gerak?

Choco: Ermm kul 5.30 la..

Member aku: Ok nanti aku datang umah ko. On time eh.. bye

Choco: Wokeh! papai..

Tepat jam 5.30 petang member aku tu pon datang laa..
Dengan yakin dan gembiranya mau menguruskan badan,
aku pon naik la kete dengan die.
Kitorang borak2, gelak2. Dah lama tak jumpa katakan.

Jam pukul 5.45(lebih kurang la), kami sampai ke tempat destinasi.
(pelik kenapa orang pandang2 aku eh? then senyum2.. erm lantak la)
Semangat berkobar2 nak berjogging.
Kami warm dulu,streching sikit2 then start la aktiviti berjogging.

Masa lebih kurang 1jam untuk kami habiskan berjogging sepanjang 3km tu,
macam2 gak la yang berlaku.

1. Baru je dalam 15min jogging, dengan tidak semena2 kasut aku boleh plak tercicir/tertanggal dari kaki aku (pelik betul camne buleh tertanggal?!) Aduh! malunya. Tertanggal tu satu hal, time tu plak ada la beberapa orang brother2 yang hensem(ermm body die lu pk sendirila!) tengah jogging lalu betul2 kat sebelah aku plak tu! Kalau pakcik/makcik yang lalu tak pe jugak. hehehe.. Masih buleh control lagi. Ini?! brother encem plak. Ermm yang brother2 tu pon sengeh je kat aku. Nasib baik tak cakap or perli pape. Member ak plak siot, dah jogging tinggalkan aku kat belakang- "terkontang-kanting"

2. Tambah lagi sebakul! Time2 tengah syok berjogging tu ada lagi satu kejadian yang berlaku. Tempat yang kami jogging tu memang banyak dengan monyet2 dari hutan turun kat jalan raya. Monyet2 tu plak suka bergelimpangan kat jalan raya tu sebab ramai gak "ahli sedara mara" die kot yang baik sangat bagi makanan sampai menyebabkan tempat tu jadi kotor dan agak berbau, (ni la orang bandar jakun tengok monyet in real life agaknya~hahaha!). PASTU! dengan tidak semena2, kami telah memandang satu aksi yang agak aggresif. Iaitu, dua ekor monyet yang sedang bersaramadana! Hi..Hi..Hi.. Itu kira ok lagi, benda normal. TApi, yang sebabkan kitorang tak tahan gelak tu sebab dua ekor monyet tu "buat" kat atas tiang lampu! (sengal betullah) HAhahahahaha(ketawa besar) "Tak de ke tempat lain ko nak buat", member aku cakap. Abis bergegar tiang lampu tu macam nak roboh dah aku tengok. Dan yang malunya~ aku boleh plak tengah gelak2kan monyet tu satgi kaki aku terple'ot kat depan orang ramai. Bengong punya monyet! (monyet pula dipersalahkan) huhuhu.. Nasib baik tak seliuh. Dengan selamba kataknya, aku dan member meneruskan destinasi. (eh jap! masih ada orang yang memandang dan "senyum2" bila tengok aku. erm lantak la, aku zun sangat kot~ PRASAN)

3. Saat2 yang paling ditunggu! Semakin hampir dengan tempat destinasi. Muka pon dah tersenyum lebar sikit. Menantikan air yang kat dalam kereta tu. Erm tapi belum sempat sampai kat kereta, terserempak plak dengan brother2 encem tadi. Lalu sebelah gak. Tiba2 brother tersebut berkata-kata,"awak2, awak joging ni mesti rasa tak panas kan".. Aik? brother ni nampak je emcem tapi nape dia cakap macam tu. Mungkin otak die sengal skit kot. Aku pon biarkan je laaa..

Akhirnya, sesampai je kat kereta aku terus mencapai air, kehausan. Then rest jap pastu kami sambung buat streching. Time tengah streching tu aku pon angkat la tangan ke atas. Lagi sekali! Tiba2 plak member aku ni ketawa macam orang gile. Aku pon..........

Choco: Wei, ko OK ke tak? Apsal tetiba gelak ni?

Member aku: HAHAHAHAHA! (masih tidak berhenti ketawa)

Choco: Woit! jangan r camni. Cakap r, nape ko de nampak monyet beromen lagi ke?

Member aku: Woi.. baju ko la!

Choco: Hah? baju aku, nape? (cepat2 tengok sume disekitar baju aku)

Member aku: Tak nape brother tadi cakap camtu kat ko? Sebab, baju kat ketiak ko KOYAK la wei!!!!! HAHAHAHA

Choco: OMG!! budus betol.. besar plak tuh. MALUNYAAA!! camne aku bole tak prasan ni..

Choco dan Member aku: HAHAHAHAHA

Hrmmm patot la aku rasa lain macam je sepanjang aku berjoging tuh..

Moral of the story: SILA tengok dulu/ check baju anda sebelum keluar dari rumah..
Jangan jadi macam saya, amat memalukan.
~hihihi~


6 comments:

nanazy said...

choco,
nasib bek bju jek yg koyak.
klu suar yg koyak,
ag parah kan.

moral of d story,
pstikan pakaian yg anda pki b4 jog d jamin selamat.
huhuhuhu

Ninja Padang Kota said...

aha. kelakar. :DD
1. mesti kamu pakai kasut besar, xpun kaki kamu kecik tp pakai kasut besar. sbb tu tertanggal tak pasan.

2. monyet beromen! siot! xpndai cover lak tu. asal tak record? hahaha.

3. baju koyak kt ketiak! :DD haha. len kali jog make sure check bj tu koyak ke x k? hehe.

-Choco- said...

To nanazy,

tau xpe..
klu suar yg koyak 4 sure haritu i lari laju nyew..
(berangin)
hahaha!!

-Choco- said...

To acapabdulrahim,

HAHAHA!

1. Kaki xbesar(saiz4/5 je) mybe kasut yg mengembang..

2. Bukan xnak record tapi takut esk mata jd beso sebelah.

3. yg ni no komen.. (malu!!!!)

khaiRur_FaiQ said...
This comment has been removed by the author.
khaiRur_FaiQ said...

hehe...
sng je...
ckp je kt org, yg u pkai 2 singlet b'lengan..
bijak x?