Saturday, December 12, 2009

Hari ini dan semalam

Semalam berdebar debar duduk depan PC menanti result kuar.
Try buka before pukul 10, tapi mak ai! Busy betul.
Kena refresh refresh dan refresh banyak kali.
I mean, serious shit banyak kali kena refresh ok.
Disebabkan result punya pasal aku sabar sabar dan sabar cuba sampai dapat.

Dan finally! Setelah mencuba nasib yang begitu banyak aku berjaya.
Walaupun tak DL seperti yang diharapkan tapi
Aku rasa bersyukur sebab apa yang aku mintak selama ni
Tuhan makbulkan! Alhamdulillah.

Aku berdoa, sekiranya pointer aku naik sem ni
Aku akan puasa nazar selama 3hari.
Nah! dia dah bagi.

Bagi aku, pointer yang naik tu bukan sikit.
Tapi banyak berbanding dulu.
So, im proud with myself. yippy:)

Dan disebabkan itu juga,
Aku keluar celebrate diri sendiri di klcc hari ini. hihi.

Pergi tengok movie cerita ninja assassin.
Cerita tu memang dahsyat and mengilukan.
Darah sini sana tumpah macam air sirap!
1 to 10, i give 8. Best. Sila tengok ok.

Tapi yang funny nya, aku keluar dengan Ewan.
Member time sekolah tadika, rendah and menengah. huhu.
Tak semena mena boleh keluar dengan dia.
Ini adalah 1st time keluar dengan dia. Semua gara gara Facebook.
Entah macam mana, soseh soseh kat FB then kitorang keluar sama.

Ohye, disebabkan hajat aku termakbul and pointer naik.
Aku beli hadiah untuk diri sendiri.
Nak mintak orang malu plak. hehehe.

Dan hadiah tersebut ialah Jeng jeng jeng!!
Sweater Giordano warna biru. Nah, untuk kamu choco.
Alalala, thank you thank you! (gila cakap kat diri sendiri)
Ewan yang pilihkan. Dia kata amik birulah sebab hitam dah common.

Dah lama mengidam nak sweater tu.
Dah belambak orang yang pakai.
Aku baru nak rasa. -sigh-
Then now, aku baru dapat beli.
Duit sendiri, sangat puas hati.
Alhamdulillah lagi.

Ahhhh, rasa sangat bersyukur dan tenang dua hari ni.
Dah lama tak rasa macam ni.

-end-

0 comments: