Friday, August 28, 2009

terima realiti

Kadang kadang aku tak paham dengan perangai kau.
Apa yang aku lakukan ada saja yang tak kena.
itu tak kena lah, ini tak kena lah.
Sedangkan apa yang kau buat,
aku hanya sekadar melihat dan menegur jika salah.
tidak sesekali mengongkong kehidupan dan
keinginan remaja kau.
Aku juga seperti manusia lain.
Aku juga seperti remaja lain.
yang punya keinginan dalam hidup.
keinginan untuk lakukan apa yang aku mahu lakukan.
ingin BEBAS.

benar, marah itu tandanya sayang.
tandanya kau benar benar sayangkan aku.
tapi perlukah kamu marahkan aku
setiap kali apa yang aku lakukan?
setiap kali apa yang aku mahukan?
setiap kali apa yang aku cuba katakan luahkan?

tahukah kau,,
setiap kali aku bersama kau
aku tidak jadi seperti diri aku yang sebenar.
aku kawal diri untuk jaga hatimu.
tapi,, sampai bila?
sampai bila hanya aku saja yang perlu jaga hati kau tu.
aku juga mahu jadi seperti kau,
bebas saja dalam perbuatan,
bebas saja dalam perbualan.
lakukan apa yang mahu dilakukan,,

tapi aku?
aku bukan tunggul,
aku bukan kayu,
aku bukan anak patung,
yang perlu selalu saja mengikut telunjuk mu!

kau selalu merungut.
kau tension la,
kau marah la,
kau benci la,
tiap kali kita bergaduh.
Tahu tak, aku juga rasa begitu.
(cuma aku simpan dalam hati)
Bertahun aku tahan dan simpan perasaan tu.
Kau selalu menyebut perkataan "PUTUS"
tiap kali kita bergaduh.
Sekarang, kita dah putus!
Tapi kenapa kau perlu "gila talak"

Sayang,,
aku rela putus dengan kau
kerana aku sayangkan kau.
Aku tak mahu lagi jadi orang yang
sentiasa buat kau marah, tension dan kecewa.

Sayang,,
aku rela putus dengan kau
bukan kerana hatiku sudah punya yang lain.
tidak sama sekali.

Sayang,,
aku rela putus dengan kau
kerana aku mahu kau dapatkan yang terbaik.
Yang boleh mendengar kata kau.

Maaf, aku tak dapat jadi teman mu yang baik. Aku juga punya keinginan. Terimalah realiti, kita tak boleh bersama lagi. Aku sayangkan kau, tapi dirimu yang sukar berubah buatkan hati aku semakin tawar, tawar untuk menyayangi mu. Semoga Allah melindungi mu dan berikan Petunjuk-Nya.




2 comments:

cik liena said...

is it adek u r talking bout?

-Choco- said...

To cik liena:

hrmm u guess?