Monday, August 10, 2009

puasa oh puasa!

Hari ini hari Isnin. Aku berpuasa bersama rakan rakan. Ada yang ganti puasa ehem-ehem dan ada jugak yang puasa sunat. Hehe.. Lauk yang kami makan hari ni:
  • nasi pataya
  • bihun goreng + telur mata
  • nasi goreng cili padi
  • dan air sedap- sunquick, milo dan neslo
Time tengah "sapedek" buka puasa beramai ramai mulalah, macam macam cerita yang kuar. Topik hangat kami pada hari ini ialah pasal IKAN. entah kenapa la ikan boleh jadi topik perbualan kami. huhu.. Ada kawan aku sorang ni cakap yang dia tak makan ikan pari sebab ikan tu mengalami menstrual seperti kaum hawa juga. Pada yang tidak tahu maksud disini ialah ikan pari juga mengalami "period" seperti kaum hawa. Hah! betul ke? geli plak aku nak makan. feveret tuh. tapi tak pernah pulak aku dengar. dan yang paling hangat perbualan kami, tengah tengah sibuk bercerita tu ada la sorang senior aku ni menyampuk. macam ni perbualan dia...

Si akak senior:
"dulu kawan akak ada tanya satu soalan ni. Kalau air nescafe+milo=neslo tapi macam mana pula kalau air kopi+teh=?? (adakah anda tahu jawapannya) kami terdiam dan pastu gelak bagai nak gila. Kahkahkah! masing masing dah paham ni dan aku pon dengan selambernya jawab la air 'koteh' la. haha!"

memang sengal sungguh soalan tu! lepas tu mula la kami bertimban timbun cerita pasal anggota yang lain plak. tak tahu ke, padahal puasa ni! ish ish kami ni. mengong tol la. haha.

*maaf entry ini agak lucah sikit bagi sape sape yang rasa begitu.haha=P

0 comments: