Friday, October 2, 2009

Aku boleh tolong

Dia ada call and msg aku balik.
Dia kata, dia rindu dengan aku.
Dia kata, dia dah berubah sedikit sekarang.
Dia kata, dia dah sedar dengan kesilapan yang dia buat.
Dia kata, aku ialah satu satunya perempuan special buat dia.
Kalau dia nak cari yang lain pon, dia akan cari yang sama seperti aku.

Tapi kenapa sekarang kau nak berubah jadi macam ni!
Cara kau cakap, cara kau bertutur semuanya berubah.
Lain dari yang sebelum ni.
Dengan perpisahan ni baru kau nak sedar kesilapan kau ke?!
Susah sangat ke kau nak sedar sebelum ni?!
Sedangkan aku tak pernah paksa atau mengongkong hidup kau pon.
Padahal, semua tu tempias pada diri aku.
Diri aku yang kau buat macam tu!
Ada kau perasan?!

Tapi selama bertahun ni, aku tahan dengan kau.
Tapi sampai bila?!
Sampai aku jadi hamba kau ke?
yang kena ikut telunjuk kau je.
Sampai aku hidup macam katak di bawah tempurung ke?
yang tak boleh bercampur dengan orang lain.
Aku juga manusia, bukan binatang peliharaan kau!
yang semua kau nak tentukan.

Selepas kita dah putus,
hidup aku lebih tenang.
Tapi tak dapat dinafikan kau sentiasa bermain difikiran aku.
(kenapa kau sibuk main dalam kepala aku ni)
(pergilah kau jauh dari aku)

Sekarang kita dah berhubung semula.
Walaupun tidak seperti dulu.
Aku memang marah dan benci dengan kau!
Perangai kau terhadap aku!

Tapi aku bukan seorang yang kejam.
Maaf dan baik, dua perkara yang mudah berlaku pada aku.
Especially pada orang yang aku (pernah) sayang dan kenal.
Keluarga, rakan rakan, kau.
Senang kata aku cepat marah pada orang,
tapi mudah untuk memaafkan.

Aku akui, aku telah memaafkan kau.
Kita berhubung kembali ni pon kerana
Aku menganggap kau kawan baik ku.
(walaupun kau dah sakitkan hati aku)

Aku sudi untuk menjadi kawan (baik) kau.
Sebab apa?
Sebab aku tahu:
hidup kau tak tentu arah,
kau perlu dibimbing,
kau perlu sentiasa dinasihat,
kau dah banyak terpesong jauh.

Aku bukanlah baik mana yang boleh dibanggakan.
Tapi setelah Allah bukakan pintu hati aku.
Aku dah nampak jalan yang benar.
Oleh itu, aku perlu bantu kau.
Agar kau tak lalai dengan kehidupan.
Agar kau tak pergi jauh melencong.

Kerana apa?
Kerana kau orang yang pernah aku sayangi dulu.
Aku tak mahu lihat orang yang aku sayangi
Jadi teruk.
Sekurang kurangnya, aku mampu ingatkan kebaikan pada kau.

Dan sekarang, kau mahu kembali ke jalan yang lalai tu.
Kenapa?!
Dan kenapa baru sekarang kau nak mengaku dengan aku.
Mengaku dengan kesilapan buruk yang engkau pernah lakukan.

Kau tak perlu takut untuk mengaku!
Kau punya aku, ibu, family dan rakan rakan.
Dan yang pnting kau punya ALLAH.
yang boleh bantu dalam urusan kau.

Sekarang aku rasa terkejut dan sedih.
Sedih dengan keadaan kau yang begini.
Baru aku tahu perangai kau yang sebenar.

Mata dan hati menangis.
Lihat dan dengar apa yang kau beritahu.
Tak sangka selama ni aku kau permainkan.
Permainkan lebih dari apa yang aku pernah lakukan.

Cukuplah sayang,
Jangan bersikap begini,
Jelik aku lihat dan mendengarnya,
Kembalilah ke jalan yang baik,
Dari dulu aku sering mengajak kau,
Tapi kau sering juga berdolak dalih,

Aku ada kalau kau mahukan apa apa nasihat,
Tapi jangan kau salah paham dengan pelawaan ini.
Aku hanya sekadar bantu kerana sayang pada kau sebagai kawan.
Dan jangan kau memaksa aku untuk menyintai kau.
Cukup kita sekadar teman biasa.
Hati dah tertutup menerima kau.
Diri aku tak mahu lagi di maki, disakiti oleh kau.
Cukup aku masih boleh dan mampu menerima kau sebagai kawan.

2 comments:

cik liena said...

be strong baby girl
be strong
tuhan sentiasa menguji

-Choco- said...

Dear cik liena,

thanks hunn!
sometimes rungsing pale otak ni.

Love,choco